`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, May 26, 2018

Anwar: Saya cuma suami TPM, sedang menyesuaikan diri

Bekas ketua pembangkang sedang menyesuaikan diri dengan peranan sebagai pasangan kepada timbalan perdana menteri.
GEORGE TOWN: Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menerima perubahan drastik dalam hidupnya, daripada dikurung dalam penjara ke makan malam di istana dan menaiki pesawat kerajaan.
Beliau sedang menyesuaikan diri kepada peranan baru ini kerana dia sekarang sekadar peneman isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang kini seorang timbalan perdana menteri.
Anwar memegang jawatan itu dari 1993 hingga 1998.
“Saya sekadar peneman dan suami kepada TPM…saya sekarang mengikut ke mana sahaja dia pergi. Sekarang, bila saya pergi ke majlis, pengumumannya berbunyi: ‘ketibaan yang amat berhormat timbalan perdana menteri, diiringi Anwar Ibrahim’.
“Alamak, bila saya mula sekali dengar pengumuman itu, saya berasa sedih. Isteri saya memberitahu saya: ‘Saya ikut kamu bertahun-tahun, saya tak pernah merungut. Sekarang awak merungut bila ikut saya?
“Saya beritahu saya tak merungut cuma sedih…saya cakap asalkan awak tak jadi macam Rosmah, okah lah,” katanya mengundang ketawa dari pengunjung ceramah di Seberang Jaya semalam.
Anwar berkata gambar beliau bersama keluarga menaiki pesawat peribadi itu menunjukkan dia sekadar menemani isteri yang sedang bekerja, dan dia tidak mampu memiliki atau menyewa sebuah pesawat.
Beliau berkata sebelum itu, dia terbang ke Johor selepas menerima undangan daripada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menyediakan sebuah pesawat untuk mengambilnya di Kuala Lumpur.
“Sultan Johor beritahu pesawatnya berada di KL dan saya boleh menggunakannya jika mahu. Jadi, saya gunalah. Sekarang siapa mahu tumpang?” katanya sambil berjenaka.
Anwar berkata gambar terbaru pula dia dan keluarga menaiki pesawat kerajaan untuk mengunjungi ibu Yang di-Pertuan Agong di Kelantan.
Pesawat itu diuruskan tentera udara dan bukan sebuah pesawat peribadi.
“Saya masih terkejut. Minggu lepas, saya dalam penjara kerana angkara orang yang memasukkan saya ke dalam penjara. Saya menikmati makanan saya dalam kurungan.
“Sekarang, saya menjamu selera di istana Johor dan Kelantan, tetapi saya tidak tinggalkan rakyat yang mengundi perubahan, perubahan yang membebaskan saya.”
Gambar Anwar dalam pesawat jet kerajaan menjadi tular di media sosial dan mengundang tanda tanya daripada warga internet yang mempersoalkan sama ada dia mahu bermewah-mewahan.
Beliau juga memuatnaik gambar dia menaiki pesawat ekonomi Firefly ke Pulau Pinang semalam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.