`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, May 8, 2018

BN Kelantan mungkin hilang DUN Galas, kata Nozula

Ketua Pembangkang DUN Kelantan membuat jangkaan itu berdasarkan kemerosotan sokongan rakyat kepada BN di Gua Musang.

Gambar Facebook.
KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) Kelantan kemungkinan hilang DUN Galas di Parlimen Gua Musang, kata Ketua Pembangkang Kelantan Datuk Nozula Mat Diah.
Beliau membuat jangkaan itu berdasarkan kemerosotan sokongan rakyat kepada BN di Gua Musang.
“Saya tidak meletakkan PAS akan menang di semua kawasan DUN di Gua Musang tapi kemerosotan undi BN berkurangan termasuk kepada Tengku Razaleigh Hamzah.
“Di akhir tempoh berkempen ini menampakkan kita akan kehilangan DUN Galas yang merupakan kerusi panas,” katanya.
BN mempertaruhkan Mohd Syahbuddin Hashim di DUN Galas menentang calon PAS Suhaimi Mat Deris dan calon Pakatan Harapan Nasir Dollah.
Pada pilihanraya lepas BN menyapu bersih semua 3 DUN di Parlimen Gua Musang, yang dikatakan kubu kuat BN. Namun begitu, BN mempertahankan DUN Galas dengan majoriti 1,301 sahaja. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.