DAIM RAMAL PUTRAJAYA AKAN JATUH (lihat berita di bawah sekali)
NASIB SOEHARTO AKAN MENIMPA NAJIB
KOMEN:
INI BUKAN TULISAN BEKAS KETUA HAKIM NEGARA
Cik Minah7 May 2018 at 22:50
Assalamualikum Tan Sri,
Ada baca satu artikel yang kononnya ditulis oleh Tun Hamid Muhamad, bekas Ketua Hakim Negara…………?
Artikal ini viral di blog-blog UBN dan juga PAS.
Artikal ini viral di blog-blog UBN dan juga PAS.
Saya sungguh terkejut membacanya kerana cara penulisannya sunggu low quality – tak terfikir langsung, seorang bekas Hakim Negara yang biasa menulis buku dan rencana bercorak ilmiah dan akademik berkaitan undang-undang dan perlembagaan sanggup menulis sesuatu yang boleh menjatuhkan maruahnya…???
Bayangkan dia menasihat DS Wan Azizah supaya membuang kipas kertasnya kalau mahu jadi Perdana Menteri!
Sesuaikah seorang yang tinggi ilmunya dalam undang-undang perlembagaan, menulis begini…?????
Kalau yang menulis itu Haji Hadi Awang, Mat Maslan atau Najib sekali pun, bolehlah diterima akal. Tapi, ditulis oleh seorang yang intelektual dan berkedudukan sebagai bekas Ketua Hakim Negara, saya memang tak dapat terima. Amat menjatuhkan maruahnya.
Jadi, saya buat kesimpualan, yang menulis itu bukan TUN HAMID tetapi penyamar di kalangan UMNOBN. Sebab, cuma mereka yang punya mentaliti rendah sahaja, menghasilkan penulisan sebegitu.
Sesuaikah seorang yang tinggi ilmunya dalam undang-undang perlembagaan, menulis begini…?????
Kalau yang menulis itu Haji Hadi Awang, Mat Maslan atau Najib sekali pun, bolehlah diterima akal. Tapi, ditulis oleh seorang yang intelektual dan berkedudukan sebagai bekas Ketua Hakim Negara, saya memang tak dapat terima. Amat menjatuhkan maruahnya.
Jadi, saya buat kesimpualan, yang menulis itu bukan TUN HAMID tetapi penyamar di kalangan UMNOBN. Sebab, cuma mereka yang punya mentaliti rendah sahaja, menghasilkan penulisan sebegitu.
KOMEN:DESPARADO
NASIB SOEHARTO….
Dua era Perdana Menteri yang UMNO tidak popular di kalangan rakyat khususnya orang Melayu. Pertama era Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan kedua era Perdana Menteri keenam Datuk Seri Najib.
Dua era Perdana Menteri yang UMNO tidak popular di kalangan rakyat khususnya orang Melayu. Pertama era Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan kedua era Perdana Menteri keenam Datuk Seri Najib.
Tunku disayangi rakyat sebagai bapa kemerdekaan yang mengasaskan dasar kemajuan dan kemakmuran negara yang tercapai dalam masa yang singkat sehingga beliau mengisytiharkan dirinya sebagai PM yang paling gembira di dunia pada tahun 1959 tetapi 10 tahun kemudiannya rakyat terutama orang Melayu mulai resah dengan kepimpinannya yang keterlaluan bertolak ansur kepada MCA dan orang China dengan bersikap “tidak apa” terhadap desakan bangsa Melayu.
Walaupun orang Melayu hilang keyakinan kepada Tunku tetapi tidak hilang keyakinan kepada UMNO kerana mempunyai ramai barisan pelapis yang berkredebiliti tinggi. Bila Tunku berundur secara terhormat , orang Melayu memberikan keyakinan kepada Tun Razak yang dengan pantas mengembalikan keyakinan Melayu kepada kerajaan dan juga memantapkan perpaduan kaum yang lebih besar di bawah Barisan Nasional.
Bagaimanapun hilang keyakinan kepada Perdana Menteri ke enam Datuk Seri Najib menjadi luka tidak sahaja kepadanya tetapi turut mencedera parahkan UMNO pada keseluruhannya kerana beliau tidak mahu berundur secara terhormat seperti Tunku walaupun lukanya telah menjadi cabuk busuk kerana terdedah dari dalam.
Sekarang orang Melayu tidak sahaja hilang kepercayaan kepada Najib tetapi juga kepada UMNO, tidak seperti era Tunku keyakinan hilang hanya kepada Tunku. Kehilangan keyakinan ini lebih sukar untuk diatasi kerana rakyat tidak nampak dengan jelas siapakah layak untuk menggantikannya.
Berbanding dengan era Tunku , rakyat tidak bimbang dengan pengundurannya kerana UMNO mempunyai ramai lagi pemimpin pelapis yang berkebolehan dan kuat untuk mengambilalih. Selain dari Tun Razak, ialah Tun Ismail,Tun Hussein Onn ,Mahathir dan Datuk Harun Idris.
Dalam keadaan yang penuh cabaran, sebagai wira Bugis Datuk Seri Najib terus mempertahankan dirinya dalam politik, keselamatan dan juga ekonomi negara di samping berhempas pulas membersihkan imejnya berkaitan dengan 1MDB dan juga simpanan poket RM2.6 Billion.
Keadaan ekonomi negara diuruskan oleh Najib tidaklah jatuh ketaraf terlalu teruk, rakyat masih mampu membeli belah, memenuhi kedai-kedai mamak, melancong keluar negara tetapi perlahan-lahan keyakinan rakyat terhakis kepada kepimpinannya kerana harga minyak turun naik, rakyat berebut-rebut untuk membeli minyak pada setiap hari Rabu, tergigit oleh GST, kehilangan pekerjaan dan siswazah menganggur ditambah oleh turun naiknya nilai ringgit dan sebagainya.
Apa yang berlaku ialah Trust deficit, rakyat hilang keyakinan kepada kemantapan dan kebersihan pimpinan Najib. Semuanya adalah berpunca dari pengurusan maklumat yang tidak bijaksana dan tidak profesional dari awal. RM2.6 billion datang dari berbagai punca walaupun mulanya diistiharkan dari derma Arab (jadi bahan ketawa), pemulihan IMDB sema sekali tidak menarik minat rakyat yang membuat konklusi sebagai penipuan. Penyingkiran TPM Tan Sri Muhyiddin dianggap sebagai hendak menyembunyikan pekara sebenar mengenainya.
Isteri Najib pula dilihat tidak sensitif kepada perasaan rakyat yang tidak senang dengan style kehidupan mewahnya dan juga kehidupan anaknya di luar negara yang dikaitkan dengan 1MDB dengan pembikinan filem dan pembelian harta.
Masalah yang dihadapi oleh PM Najib yang akan membawa kepada kejatuhannya dalam sehari dua lagi ialah trust deficit walaupun beliau tidak menjadikan rakyat peminta sedekah dan ekonomi negara hancur malah ada juga kemajuannya.
Keadaan yang dihadapi oleh Najib sama dengan keadaan yang dihadapi oleh President Indonesia kedua Soeharto yang memberikan kemakmuran kepada rakyat selepas menjatuhkan Soekarno tetapi rakyat tidak berterima kasih kepadanya.
Saya bersyukur kepada Allah kerana saya dapat melihat dua era pemerintahan Indonesia dalam masa singkat iaitu saat-saat zaman Soekarno Presiden Pertamanya berada diambang kejatuhannya. Saya melihat kemiskinan yang tidak ada taranya di Jakarta dan Bandung dengan anak-anak yang bergelimpangan tidur ditepi- tepi jalan dan mengutip makanan buangan dari tong -tong sampah.
Bagaimanapun tidak lama selepas Soeharto mengambil alih pemeritahan negara , Indonesia memasuki zaman pembangunan yang mantap dengan makanan rakyat terjamin, pembangunan pertanian berlaku di luar bandar, kedai-kedai penuh dengan barangan makanan dan lain-lain keperluan harian dan gerai-gerai makanan tumbuh disana sini. Jenayah dikurangkan.Wartawan-wartawan mulai mampu bermotosikal dan mempunyai mesin taip.
Bagaimanapun kestabilan ini tidak kekal lama bila cerita-cerita mengenai kemewahan hidup anak isteri Soerharto terdedah dan mulai dipercayai rakyat, keluargnya juga memiliki harta dan wang yang banyak, majlis-majlis perkahwinan anak-anak mereka mencerminkan perbelanjaan yang begitu tinggi.
Akhirnya Soeharto hilang kepercayaan rakyat. Kediktatorannya tidak lagi boleh mengawal kebangkitan rakyat. Beliau dijatuhkan malah beliau tidak mendapat simpati rakyat sekalipun dalam keadaan sakit. Tuduhan-tuduhan penyalahgunaan kuasa terus dihadapkan kepadanya oleh pihak Pengadilan walaupun berada di hospital.
Bila hal ini berlaku saya merasa amat sedih kerana saya dapat membezakan antara zaman Soekarno dengan zaman Soeharto yang tidak dapat dinilai oleh generasi baru. Saya cuba meyakinkan pemandu teksi saya di Jakarta tentang zaman sekarang yang lebih baik tetapi dia tidak peduli sebaliknya terus bercerita tentang keburukan Soeharto.
Inilah yang dihadapi oleh Najib sekarang sekalipun banyak sumbangan yang diberikan kepada rakyat kerana kepercayaan cash is king. Beliau percaya undi dan juga keyakinan rakyat boleh dibeli dengan wang dan lain-lain pemberian seperti BRIM, wang kepada driver teksi dan kepada mereka yang hadir dimajlis-majlis UMNO namun hakikatnya mereka ini tidak lupa GST mengecilkan pendapatan mereka, harga minyak naik turun dan barangan semakin mahal.
Najib menjanjikan masa depan yang tidak pasti.
Mereka tidak terpesona dengan janji ratusan ribu peluang pekerjaan di masa depan kerana anak-anak mereka memerlukan pekerjaan sekarang juga.
Dan lebih dari itu mereka ingat seorang tua yang sekarang berumur 93 tahun, di eranya menjadi Perdana Menteri, mereka hidup makmur dengan penuh keyakinan terhadap masa depan. Mereka bangun pagi tanpa bimbang terhadap masa depan anak dan cucu cicit mereka. Setiap hari beliau melakukan sesuatu yang membina maruah bangsa dan agama. Mereka yakin dan bangga dengan slogan Malaysia Boleh kerana banyak telah dibuktikan oleh orang tua ini.
Dan sekarang mereka sedih kerana orang tua yang berjasa besar ini dihina dengan sehina-hinanya tetapi mereka masih yakin beliau boleh kembali membawa negara ini kembali bermaruah demi bangsa dan agama
NEWS
Daim: Harapan will capture Putrajaya in GE14, but…
GE14 | Former finance minister Daim Zainuddin today said that Pakatan Harapan will capture Putrajaya in the 14th general election based on “sentiments on the ground”.
“Wherever I go, people ask me who will win GE14.
“I tell them Harapan will win, God willing,” he told a press conference in Langkawi today.
According to Daim, who was recently sacked from Umno, the rakyat are now inclined to experience “change”.
“There is a mood for change, the rakyat wants change, but (we) have to be careful, because the (caretaker) government will do anything to win.”
-http://zamkata.blogspot.com