`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 13, 2018

Polis kawal laluan ke rumah Najib, media dilarang masuk

"Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah ditempatkan untuk mengawal keselamatan,"
Polis mula mengawal laluan masuk ke kediaman rasmi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta.
KUALA LUMPUR: Polis hari ini mula mengawal laluan keluar masuk ke kediaman peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata ia bagi mengawal keselamatan kediaman terbabit.
“Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah ditempatkan untuk mengawal keselamatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Tinjauan Bernama mendapati 5 anggota polis ditempatkan di simpang masuk ke kediaman bekas perdana menteri itu.
Polis turut menempatkan balai polis bergerak selain membuat pemeriksaan ke atas setiap individu mahupun kenderaan yang ingin masuk ke laluan itu.
Difahamkan arahan kawalan keselamatan itu dikeluarkan malam tadi.
Susulan itu, pengamal media yang berkumpul di kawasan kediaman itu juga tidak dibenarkan memasuki laluan berkenaan, berbanding semalam wartawan dan jurugambar berkumpul di depan pintu pagar kediaman tersebut bagi membuat liputan. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.