The following is a surat layang. It is NOT circulating among PPBM, DAP or Amanah. I received it from folks with connections inside that party.
The intended target is obviously Azmin Ali.
Surat Kpd Pendokong Tegar .!!! Sila Hadam
Kepada seluruh ahli Parti K.....n Rakyat yang amat saya sayangi dan hormati
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh para penyokong Pakatan Harapan dan rakyat Malaysia secara amnya kerana kita telah berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang baru ini.
Semasa saya diberitahu tentang kemenangan besar _ _ _ ini, saya menangis kegembiraan kerana apa yang kita perjuangkan sejak pergerakan Reformasi 1998, akhirnya berjaya kita laksanakan dengan jayanya. Namun, pada masa yang sama, saya sedikit terkilan kerana tidak dapat bersama-sama dengan semua ahli parti yang amat saya sayangi meraikan kejayaan besar kita kali ini.
Disebalik kemenangan untuk kita semua ini, saya sedikit bimbang akan hala tuju kita selepas kita berjaya menumbangkan BN dan Najib. Akan timbul persoalan besar, siapakah diantara kita yang paling layak untuk diangkat sebagai Perdana Menteri yang akan dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong.
Secara amnya, semasa Konvensyen Pakatan Harapan, Disember tahun lalu, majoriti pemimpin utama Pakatan Harapan telah bersetuju untuk mengangkat Yang Berbahagia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk sebuah kerajaan.
Hari ini, sebaik kita memenangi Pilihan Raya, adakah kita masih kekal dengan keputusan berkenaan? Sejak dari awal lagi, saya selaku Ketua Umum _ _ _ sememangnya tidak merestui pencalonan ini disebabkan saya sendiri pernah mempunyai masalah peribadi dan politik dengan beliau.
Namun, atas nasihat isteri saya _ _ _ yang meminta bantahan saya ini tidak dinyatakan secara terus. Saya mendiamkan diri dahulu supaya Parti dan P_ _ _ n yang saya dan isteri ketuai berjaya menumbangkan BN terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diambil.
Andai saya berada di luar hari ini, saya dengan tegas akan menyatakan pendirian saya untuk menolak sebarang peluang mencalonkan semula Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Baiklah, mari kita tolak ketepi seketika masalah peribadi dan politik saya dengan beliau. Mari kita lihat skop yang lebih luas dan lebih kritikal demi rakyat Malaysia yang amat saya sanjungi.
Perlu saya akui hari ini bahawa di dalam Parti sendiri mempunyai pengkhianat yang menunggu masa untuk mengangkat dirinya sebagai Perdana Menteri. Jika kita masih ingat tentang apa yang berlaku semasa Langkah Kajang pada tahun 2014 yang mana pada ketika itu, nama Datin sepatutnya menjadi Menteri Besar Selangor, dicantas di saat akhir oleh individu berkenaan.
Bermula dari detik itu, individu berkenaan merangka satu pergerakan yang mahu mengusir sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan saya, terus kekal dan menguasai Parti. Ini termasuklah mengusahakan perdamaian palsu saya dengan Tun Dr Mahathir demi memastikan dirinya berjaya diangkat sebagai orang paling berkuasa di dalam Parti.
Malah, dalam banyak majlis yang dianjurkan tanpa mendapat persetujuan Presiden parti, hanya individu berkenaan dan para pengikutnya sahaja yang hadir kononnya bagi pihak parti. Bagi saya, ini adalah satu pengkhianatan terbuka yang dilakukan oleh individu berkenaan. Malah, impian dan cita-citanya mahu menguasai parti secara keseluruhan, sememangnya tidak dapat diselindungkan lagi.
Justeru, apabila wujud konflik siapa yang sepatutnya diangkat sebagai Perdana Menteri pertama dari Pakatan Harapan, saya dengan tegas menyatakan, saya tidak bersetuju untuk membenarkan Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sekali lagi. Ditambah dengan usianya yang saya anggap menghampiri usia nyanyuk, mustahil orang sebegini mampu mentadbir sebuah negara yang kita cintai ini dengan berkesan.
Untuk makluman semua para ahli dan penyokong parti yang amat saya kasihi, sebaik mengetahui kemenangan Pakatan Harapan awal pagi tadi, saya ada menghubungi Datin untuk kekal dengan pendirian menolak sebarang usaha Tun Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
Saya memberitahu beliau supaya kekal dengan pendirian asal parti dan menggagalkan usaha kem individu yang saya anggap sebagai pengkhianat parti ini untuk membentuk sebuah kerajaan. Bagi saya, perjuangan parti sejak 1998 perlu dihormati oleh semua pihak termasuklah dua buah parti yang baru ditubuhkan 2 tahun yang lalu, Bersatu dan Amanah.
Kita sama-sama pernah menentang kekejaman beliau semasa beliau menjadi Perdana Menteri paling lama dalam sejarah negara. Mana mungkin, disaat perit jerih bertempur di jalanan pada pergerakan Reformasi dahulu termasuklah berpuluh-puluh demonstrasi yang kita adakan, hari ini kita begitu mudah memberi laluan buat Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dan sekaligus menjadi ketua kita.
Sehingga kini, saya diberitahu oleh Datin, ramai pemimpin utama parti akan kekal menyokong apa jua keputusan yang diambil oleh Presiden parti. Nama-nama seperti anakanda kesayangan saya, Rafizi Ramli, Tian Chua, Shamsul Iskandar dan ramai lagi akan kekal menyokong usaha Datin menggagalkan usaha Tun Dr Mahathir dan pengkhianat berkenaan.
Saya hanya mempunyai beberapa minggu sahaja lagi untuk dibebaskan dan apa yang saya harapkan, Datin dan semua rakan-rakan yang masih setia dengan saya dan parti, akan kekal bersabar dan terus memberi sokongan kepada Presiden parti dalam menempuh cabaran yang maha hebat yang cuba ditimbulkan oleh Tun Dr Mahathir.
Perlu saya tekankan disini, perjuangan Reformasi 1998 yang menentang kekejaman Tun Dr Mahathir dahulu perlu dikekalkan dan perlu dihidupkan sentiasa. Usah terpedaya dengan janji manis beliau yang hanya mahu menjadi Perdana Menteri sementara selama dua tahun kerana bagi saya, adalah sesuatu yang cukup melucukan, negara hanya mendapat seorang Perdana Menteri sementara bagi menggantikan saya.
Helah Tun Mahathir ini cukup licik dan tidak mustahil dia mahu menyandang jawatan ini untuk lima tahun yang akan datang. Malah, tidak mustahil, dia akan mewariskan jawatan Perdana Menteri ini kepada anak beliau dan mungkin juga akan diwariskan kepada pengkhianat perjuangan saya dan semua rakan-rakan saya termasuk Otai Reformis demi memastikan nama saya terus terkubur.
Salam perjuangan dan salam reformasi untuk semua
DATUK SERI
Ketua
Ketua
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.