`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 7, 2018

HSS Engineers terima notis tamat kontrak MRT3

Ia susulan keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan projek berkenaan.
HSS Engineers berkata keputusan itu tidak memberikan sebarang kesan ketara kepada operasi dan kewangan syarikat dan kumpulannya.
KUALA LUMPUR: Syarikat sekutu HSS Engineers Bhd, HSS Integrated Sdn Bhd (HSSI), hari ini menerima notis bertulis 30 hari daripada Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, menamatkan kontrak Transit Aliran Massa Lembah Klang Laluan 3 Laluan Lingkaran.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, HSS Engineers berkata, ini berikutan keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan projek berkenaan.
“Keputusan ini dijangka tidak memberikan sebarang kesan ketara kepada operasi dan kewangan syarikat dan kumpulannya, memandangkan hanya kerja-kerja awal yang sudah dimulakan setakat ini, dan akan diberi pampasan mengikut terma dan syarat kontrak berkenaan,” tambah syarikat itu. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.