Pemangku Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi bagitu pantas menemui Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir pagi ini di Yayasan Perdana Putrajaya untuk meminta maaf kepadanya atas keletanjuran cemohannya terhadap Dr Mahathir sebelum PRU14.
Penghinaan yang paling teruk Zahid terhadap Mahathir ialah dengan membangkitkan Tun sebagai keturunan India dengan menunjukan Kad Pengenalan Mahathir berasal dari keturunan Kutty.Katanya: Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar kutty .
Mahathir membalas dengan mendedahkan kekayaan Zahid yang berjumlah lebih dari RM 200 juta dan rancangannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najb.
Mahathir membalas dengan mendedahkan kekayaan Zahid yang berjumlah lebih dari RM 200 juta dan rancangannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najb.
Tentunya pertemuan Zahid dengan Tun Mahathir hari ini tanpa meminta izin dari Datuk Seri Najib.Saya difahamkan Zahid telah meminta ampun dan maaf dari Tun dalam pertemuan itu
Zahid mencatit dalam twitternya:
Syukur alhamdulillah, sempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak saya telah bertemu dengan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Semoga pertemuan ini memberi kebaikan kepada semua. @chedetofficial #Ramadhan
LAPURAN MALAYSIAKINI:
Zahid ikut jejak presiden PAS, PBB jumpa Mahathir
Pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjadi pemimpin utama pembangkang yang ketiga mengunjungi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Syukur alhamdulillah, sempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak saya telah bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.
“Semoga pertemuan ini memberi kebaikan kepada semua,” katanya.
Sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diiringi Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan bekas setiausaha agung PAS Mustafa Ali mengunjungi Dr Mahathir di pejabatnya.
Selain itu, hujung Mei lalu, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut mengunjungi Dr Mahathir dan memaklumkan keputusannya untuk membawa PBB keluar BN.
Sementara itu, tahun lalu, Ahmad Zahid membidas Dr Mahathir dengan mempersoalkan asal-usul pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.
Susulan itu, Dr Mahathir mengecam Ahmad Zahid dengan mendakwa beliau mempunyai kekayaan luar biasa dan merancang menjatuhkan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak.
– http://zamkata.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.