From the WhatsApp of the Chairman.
KJ pula kata UMNO bodoh dan silap kerana tidak berani mengaku realiti.
Sebenarnya dia sendiri pun sama bodoh dan silap. Dulu kenapa tak berani cakap macam itu? Kemudian sekarang baru berani!
Dulu takut kena pacat. Sayap UMNO yang lain juga sama. Semua takut kena pecat. Sekarang Najib dah letak jawatan baru berani bercakap! Inilah cara perjuangan takut kena pecat dan takut hilang jawatan yang menyebabkan UMNO rebah tersungkur.
Semua sayap UMNO dan menteri UMNO menjadi penyokong yang membawa rebah. Sekarang nasi dah jadi bubur baru nak berani cakap kenapa nasi yang dimasak sudah tak jadi nasi dan menjadi bubur.
Sekarang ramai pula yang nak rebut jawatan presiden dan ahli MT. Ramai nak rebut pucuk di atas tetapi mereka tak sedar akar di bawah dah mula reput. Ahli ahli di peringkat akar semua dah hilang semangat. Jemput mesyuarat cawangan pun tak ada semangat lagi nak hadir. Ini adalah tanda dan bukti akar akar di bawah sudah mula reput. Pucuk di atas pasti akan layu. Ramai yang nak rebut pucuknya buat apa sedangkan akar di bawah sudah mula reput. Siapa yang dapat pucuk di atas itu akan dapat pucuk yang layu sahaja.
Yang hairanya mengapa UMNO dahulu sangat gagah perkasa lagi banyak menabur jasa? Tetapi bila UMNO dipimpin oleh Najib UMNO boleh rebah tersungkur dan akar umbi jadi reput. Kenapa ? Mengapa? Sebab apa ?
Inilah soalan soalan yang semua pemimpin UMNO kena tanya dan cuba menjawabnya. Kononnya ramai pemimpin yang pakar dan bijak pandai tetap tak tahu nak buat Post-mortem untuk cari sebab kenapa UMNO terlalu uzur dan sakit hingga rebah kebumi apabila dipimpin oleh Najib?
Sebaliknya ramai macai UMNO yang sebok nak cari kesilapan kerajaan PH. Pada hal perbuatan itu hanya sia sia dan seperti anjing menyalak bukit sahaja.
Salaklah sekuat mana pun bukit itu tak akan runtuh ! Sebaiknya tak usahlah dok menyalak mencari kesilapan orang.
Cari punca dan sebab apa UMNO sebuah parti yang kuat lagi gagah boleh rebah tersungkur dalam PRU 14 ini. Sudahlah rebah kebumi tabung simpanan deposit di Sarawak dan Sabah pun turut pecah berkecai. Apa nak jadi?
Apa nak jadi sampai sekarang pun pemimpin UMNO tak boleh berfikir lagi..carilah kesalahan dan kesilapan sendiri kenapa rakyat tak mahu pilih UMNO lagi ?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.