`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 7, 2018

Serious Flaws About Anwar Ibrahim's Pardon - By Tun Abdul Hamid Mohamad, Former Chief Justice of Malaysia





Oleh   Tun Abdul Hamid Mohamad

Saya perlu ulangi bahawa dalam tahun 2004, sayalah yang menulis alasan  penghakiman majoriti Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Dato’ Seri
Anwar Ibrahim (DSAI) daripada sabitan kes liwatnya yang pertama. 


Itu saya lakukan  semata-mata berdasarkan keterangan yang dikemukakan di mahkamahdan  undang-undang yang berkenaan.


Demikian juga, apa yang saya akan katakan dalam rencana ini adalah semata-mata
berdasarkan prinsip, bukan sama ada DSAI patut diampun atau tidak.


Pertama, kita perlu bezakan kes liwat DSAI yang pertama dengan yang kedua.


Dalam kes pertama, Azizan tidak terus membuat laporan polis bahawa dia telah diliwat oleh DSAI selepas kejadian berlaku. Mungkin dia berbuat demikian beberapa tahun kemudian (saya tidak ingat), setelah siasatan bermula untuk membuktikan  DSAI telah melakukan kesalahan itu untuk menjadi alasan kepada tindakan Tun Dr.  Mahathir (Tun Dr M) menyingkir DSAI sebagai Timbalan Perdana Menteri. Itulah  yang menimbulkan tuduhan konspirasi dan sebagainya.


Walaupun secara peribadi saya percaya kejadian itu berlaku, tetapi, sebagai seorang hakim, saya hanya boleh mensabitkan kesalahan berdasarkan keterangan  yang dikemukakan di mahkamah dan undang-undang yang berkenaan.  


Atas alasan itulah saya membebaskan beliau.


Kes yang kedua berlainan. Beberapa hari selepas kejadian, Saiful membuat laporan polis di susuli dengan sumpah laknat, manakala DSAI tidak membuat sumpah itu.

Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, kesemuanya lapan orang hakim, sebulat suara menerima keterangan bahawa DNA DSAI ditemui dalam dubur Saiful dan berpuashati bahawa pertuduhan itu telah terbukti mengikut undang-undang.

Itu perbezaan antara kedua-duanya.  Apabila Tun Dr M meminta maaf kepada DSAI (jika beliau berbuat demikian),  kebanyakan orang beranggapan bahawa ia melibatkan kedua-dua kes itu.  Sebenarnya tidak.

Tun Dr M hanya boleh meminta maaf mengenai kes pertama kerana beliaulah yang menggerakkan polis untuk menyiasat DSAI untuk menjadi alasan penyingkiran DSAI  olehnya. Dalam kes kedua, beliau tidak terlibat langsung. Beliau telah pun bersara.

Lagi pula, beliau tidak boleh meminta maaf bagi pihak Saiful.  Sekarang, oleh sebab Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) telah  menang PRU 14 dan DSAI hendak dijadikan Perdana Menteri (PM), maka beliau  hendak diampunkan. Sekali lagi saya tekankan saya tidak mempersoalkan sama ada beliau patut diampunkan atau tidak. Tetapi, ada beberapa isu yang saya ingin  bangkitkan.

Pertama, atas asas apa pengampunan itu hendak diberi? Adalah jelas bahawa sebabnya ialah kerana parti DSAI telah menang, untuk membolehkan beliau bertanding dalam pilihanraya kecil untuk menjadi ahli parlimen dan dilantik menjadi perdana menteri. 

Untuk membolehkan semua itu, kesalahan jenayahnya kepada  seorang individu hendak diampun. Ertinya, oleh sebab beliau berkuasa,  kesalahannya diampunkan.

Dalam kemeriahan menyambut kemenangan, semua perhatian tertumpu kepada DSAI dan Tun Dr M: parti DSAI telah menang pilihanraya dan Tun Dr M telah  meminta maaf kepadanya, maka beliau hendaklah diampunkan. Itulah tuntutan  pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PKR dan PH. 

Dilaporkan juga bahawa Yang  diPertuan Agong telah bersetuju.  

  • Tidak sesiapa menyebut mengenai Saiful. 
  • Nampaknya dia telah dilupakan langsung.  
  • Adakah dia tidak relevan semata-mata kerana dia seorang individu sedangkan di sebelah lagi adalah sebuah parti yang telah mendapat berjuta-juta undi dan telah pun membetuk kerajaan?
  • Jika itulah pendirian mereka, saya khuatir mereka telah bermula dengan satu kesilapan ia itu “might is right” (kekuatan adalah kebenaran).

Adalah diharapkan Lembaga Pengampunan tidak akan terikut-ikut dengan  keghairahan pihak yang berkuasa hingga melupai langsung keadilan kepada
individu yang lemah. Maka, dalam membuat pertimbangan dan keputusan,  sekurang-kurangnya, Lembaga Pengampunan hendaklah mengambil ingatan  mengenai keadilan terhadap Saiful.

Kedua, mengenai laporan bahawa Yang diPertuan Agong telah bersetuju. Jika  laporan itu benar, ia tidak sepatutnya berlaku.  Yang diPertuan Agong tidak boleh  mengampun sesuka hati atau atas budibicara baginda sendiri. Ada prosedur yang  perlu diikuti.
  • Lembaga Pengampunan hendaklah bermesyuarat terlebih dahulu. 
  • Ia perlu mendengar apa-apa laporan Peguam Negara. 
  • Mengikut amalan, laporan hakim /  mahkamah yang mensabitkannya juga diminta. 

Setelah menimbang semua laporan-laporan  mengenainya, barulah mesyuarat Lembaga Pengampunan yang  dipengerusikan olah Yang DiPertuan Agong itu membuat keputusannya.

Jika, sebelum Lembaga Pengampunan membuat keputusannya, Yang diPertuan Agong telah pun bersetuju atau berjanji pengampunan akan diberi, ianya samalah  seperti Ketua Hakim Negara menyatakan atau berjanji akan membebaskan seseorang sebelum Mahkamah Persekutuan bersidang dan membuat keputusan!

  • Mungkin dihujahkan bahawa itu adalah pandangan peribadi baginda. 
  • Walau pun itu pandangan peribadi baginda, baginda tidak boleh menyatakannya
  • Bagaimana  hendak dikatakan baginda tidak berat sebelah, atau, sekurang-kurangnya tidak  nampak seperti berat sebelah
  • Bagaimana hendak dikatakan baginda tidak telah  pun membuat keputusan sebelum mesyuarat Lembaga Pengampunan?   
  • Bagaimana   hendak dikatakan baginda telah tidak mempengaruhi ahli-ahli lain sebelum  mesyuarat Lembaga Pengampunan berlangsung?

Jika perkara seperti itu dilakukan oleh seorang hakim, paling kurang, beliau perlu menarik diri daripada membicarakan kes berkenaan atau, jika hakim itu telah  membuat keputusan, keputusan itu semestinya akan diketepikan oleh mahkamah  yang lebih tinggi. 

Demikian juga jika perkara seperti itu dilakukan oleh Pengerusi  sebuah tribunal. Jika keputusan telah dibuat, semestinya ia akan dipadam  (quashed) melalui semakan semula kehakimam (judicial review). (Saya tidak mahu  berkata apa-apa mengenai semakan semula terhadap keputusan Lembaga  Pengampunan.)

14 05 2018

tunabdulhamid@gmail.com
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me


My comments   :  Oh oh.  Ini macam kes terpijak tahi ayam. Baunya tidak akan hilang. 

Ok, I heard about this Legal Opinion by the former Chief Justice Tun Abdul Hamid Mohamad just yesterday evening (from an ex Cabinet Minister). Then last nite I was having a post "iftar" chit chat with some non Muslim lawyer friends.  My lawyer friends also  questioned the whole Pardons process.

Anwar Ibrahim has also been talking a lot about his pardon which does not make sense.

First of all Anwar Ibrahim said that he did not sign anything during the Pardons process. He said that his wife put in the application for his Pardons.  Is this true?

To whom did the wife submit the application? To the Pardons Board? To the King?

Can one person apply for a pardons for a third party?  Even if it is your wife or father?

Then Anwar said he was "summoned" to meet the King at 11am - on the same day the Pardons Board was meeting also at 11am.   Then  Anwar said, suddenly he received a call to meet the King at 10.50 am instead. So he met the King at 10.50 am. The Pardons Board met at 11 am and voilla !  the Brader was pardoned.

This will go down as the quickest pardons process in the history of Malaysia.

A friend of mine (who has passed away) once worked for the Pardons Board. He told me that the Pardons process was long and tedious. It would take months to go through the Pardons process.

1. The transcripts from the Court case must be studied carefully all over again. 
2. The evidence presented in Court will be relooked.
3.  Key people may even be summoned to restate their evidence.

This is close to what the Former Chief Justice Tun Abdul Hamid Mohamad has said above :
  • Lembaga Pengampunan hendaklah bermesyuarat terlebih dahulu. 
  • Ia perlu mendengar apa-apa laporan Peguam Negara. 
  • Mengikut amalan, laporan hakim /  mahkamah yang mensabitkannya juga diminta. 

    So did the Pardons Board go through this entire process?  
    My lawyer friends do not agree. 
    I dont think so either.

    So the Pardons Board of Malaysia has now compromised itself as well ??

    Then read carefully Tun Abdul Hamid's opinion about the Agong pre-empting the whole process by declaring that he will pardon Anwar Ibrahim. 

    As Tun Abdul Hamid says above :

    • Walau pun itu pandangan peribadi baginda, baginda tidak boleh menyatakannya
    • Bagaimana  hendak dikatakan baginda tidak berat sebelah, atau, sekurang-kurangnya tidak  nampak seperti berat sebelah
    • Bagaimana hendak dikatakan baginda tidak telah  pun membuat keputusan sebelum mesyuarat Lembaga Pengampunan?   
    • Bagaimana   hendak dikatakan baginda telah tidak mempengaruhi ahli-ahli lain sebelum  mesyuarat Lembaga Pengampunan berlangsung?

    Certainly if the King has made it plain that he will pardon Anwar Ibrahim even before the Pardons Board has convened then that will exert undue influence on the Pardons Board.

    Another point one of my lawyer friends pointed out is that  with this Pardon, Saiful Azhar Bukhari  has now  become a liar.

    If a murderer is pardoned, his murder victim is dead and gone.
    If a bank robber is pardoned, the money was recovered or also gone.

    But this is a case of sodomy. 
    The victim is still alive and well.  
    This is a crime done personally unto him.


    • Saiful swore an oath on the Quran that he had been sodomised by Anwar Ibrahim. 
    • He went to Court and gave testimony that he was sodomised. 
    • At the insistence of Anwar's lawyers Saiful was even asked to go back to the scene of the crime to re-enact how he was sodomised.  
    If the King has declared Anwar innocent, then this means that Saiful has now become a liar.  

    The former Chief Justice Tun Abdul Hamid says : 
    • Tidak sesiapa menyebut mengenai Saiful. 
    • Nampaknya dia telah dilupakan langsung.  
    • Adakah dia tidak relevan semata-mata kerana dia seorang individu sedangkan di sebelah lagi adalah sebuah parti yang telah mendapat berjuta-juta undi dan telah pun membetuk kerajaan?
    • Jika itulah pendirian mereka, saya khuatir mereka telah bermula dengan satu kesilapan ia itu “might is right” (kekuatan adalah kebenaran).

    My view is this whole Pardons process is seriously flawed.  

    My other view is some very serious, higher level thinking has gone into this scheme of things.  Some life insurance.

    No comments:

    Post a Comment

    Note: Only a member of this blog may post a comment.