Berkatalah Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa jika pilihanraya kecil diadakan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding bagi membolehkannya tampil sebagai Ahli Parlimen, maka ia adalah suatu pembaziran wang rakyat.
“Masalahnya ialah apakah perlu rakyat dipaksa untuk pilihanraya kecil semula itu?
“Berjuta wang negara akan dihabiskan untuk satu pilihanraya yang sekadar untuk memberi ruang kepada Anwar kembali sebagai Ahli Parlimen,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.
Sehubungan itu, kata beliau, tiada keperluan bagi mana-mana Ahli Parlimen meletakkan jawatan dan memaksa rakyat mengundi sekali lagi dalam piliharaya kecil yang akan ditandingi oleh Anwar.
Hmmm….apalah Tuan Ibrahim perlu susah sangat dengan hal ini.
Ini adalah perkara mudah saja untuk diselesaikan.
Membazir atau tidak jika diadakan pilihanraya kecil diadakan adalah terpulang kepada Pas dan UMNO yang kini merupakan “pasangan suami isteri” dalam gabungan pembangkang dalam membuat keputusan.

Jika Pas dan UMNO tidak bertanding dan sedia memberi laluan percuma, maka Anwar akan menang tanpa bertanding dan tidak perlu diadakan pilihanraya kecil atau pengundian yang melibatkan sebarang dana rakyat.
Lebih daripada itu, jika Pas dan UMNO boleh berpakat untuk pilihanraya kecil Sungai Kandis dan Seri Setia dari segi perlu meletakkan calon atau sebaliknya, mengapa tidak boleh berpakat sekali lagi untuk sama-sama tidak meletakkan calon?
Mudah saja bukan?
Lagi pun, kalau pilihanraya kecil diadakan yang mana Anwar akan bertanding, memang sia-sia sajalah Pas atau UMNO bertanding menentangnya, selain sudah pasti kerajaan terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mengadakan pilihanraya itu.
Bolehkah juga Pas atau UMNO meletakkan calon yang cukup berwibawa untuk menandingi atau menewaskan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ke-8?
– http://shahbudindotcom.blogspot.com


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.