`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, September 2, 2018

Tempo Indonesia : Arab Saudi Puji Israel




Saudi memuji Israel lebih baik banding dengan negara Muslim 
karena tidak melarang warga Muslim melakukan haji ke Arab Saudi

Pujian itu dilontarkan Menteri Urusan Islam, Dakwah dan Arahan

"Negara Israel tidak melarang Muslim ke Arab Saudi untuk kewajiban agama 
satu negara (Islam) melarang peziarah," kata Abdulaziz Al-Syekh 

ini menunjukkan normalisasi hubungan lebih maju antara Saudi dengan Israel 

Israel mencuit kembali pernyataan resmi Arab tentang pujian kepada Israel

Israel fasilitasi lebih 4,000 warga Muslim menjalankan Haji
demikian pernyataan resmi Arab Saudi di akun Twitternya

Komite Internasional kutuk Saudi melarang Qatar, Syria menunaikan haji 

Saudi mencegah Syria pergi haji selama tujuh tahun
Qatar memasuki tahun kedua dengan alasan politis

Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar 
menuduh Qatar dukung organisasi teroris dan dekat dengan Iran

kedekatan antara Israel dan Arab Saudi sudah tercium sejak tahun lalu
kunjungan Mohammed bin Salman secara diam ke Tel Aviv pada Sept 2017

My comments :  Kepada orang Islam dan Melayu Islam di Malaysia, baca baik-baik ok. Zaman sudah berubah di kalangan negara Islam tanah Arab. Ini semua pasal politik dan menjaga dulang emas mereka masing-masing.

Dulu bila mereka baru merdeka atau baru "tawan" pimpinan negara mereka (seperti Al Saud di Arab Saudi) mereka perlu bermusuh dengan Israel untuk survival politik mereka.  Mereka perlu  'justify' kedudukan mereka sebagai pemerintah dengan mengangkat diri sebagai pejuang hak Palestin. Dan jeng ..jeng..jeng merekalah pembela Islam.

Oleh kerana mereka bukan berdemokrasi, maka raja-raja perampas kuasa (yang tidak berdaulat) atau presiden-presiden diktator perampas kuasa (yang tidak mempunyai mandat rakyat) perlu kepada musuh seperti Israel, peperangan dengan negara lain seperti Arab Saudi bunuh Yemen, Kuwait perang dengan Iraq, Iraq lawan Iran, Turki serang Syria, bencana alam seperti gempa bumi, banjir besar, ribut taufan, kebakaran hypermarket dan kebakaran hotel dan bencana  yang "bergegar dan bergempar" yang beri peluang bagi raja-raja tidak berdaulat dan presiden diktator perampas kuasa mereka untuk muncul di kaca TV sebagai penyelamat bangsa dan pembela agama.  

Dan kesemua lakonan ini hanyalah untuk menjaga kepentingan kaum pemerintah sahaja. Untuk menjaga dulang emas mereka sendiri.

Their undemocratic and illegitimate kings and presidents need wars, natural disasters and cataclysmic events to justify their appearances on the TV screens as the saviours of their nation, defenders of the faith etc. 

Sesiapa di kalangan rakyat mereka yang tidak setuju akan ditekan dan dizalimi - dengan siksaan keras pada fisikal mereka, dihumban ke dalam penjara, dibunuh atau semua sekali. 

Tapi sekarang pula zaman sudah berubah.  Sahabat dahulu yang pernah membantu menjaga dulang emas mereka sudah berubah menjadi musuh ketat. Sahabat dahulu (contohnya Qatar) sekarang membantu berbagai puak ekstremis dan teroris untuk menggulingkan mereka.  

Musuh zaman dahulu pula sudah tidak lagi bermusuhan.  Ataupun orang yang ditakuti dahulu sebagai musuh besar telah menunjukkan bahawa mereka sebenarnya hanya mahu hidup dan cari makan - bukan tujuan mereka untuk terus berperang dan bermusuhan tanpa putus.  Musuh lama sudah jadi sahabat baru yang boleh membantu rejim mereka. Dulang emas mereka akan kekal.

Habis bagaimana pula dengan jutaan umat Islam seantero dunia termasuk umat Melayu yang telah banyak kali berdemonstrasi di tepi jalan sesudah sembahyang Jumaat, memekik dan melolong macam serigala jadian, yang telah membakar bendera yang berjalur dan berbintang (hanya kain yang berwarna brader), atau umat Islam di Pakistan yang suka membakar bas dan kenderaan awam kepunyaan mereka sendiri untuk menunjukkan cinta dan kasih sayang terhadap rejim-rejim Arab yang tidak sah dan raja-raja Arab yang tidak berdaulat?  Macam mana dengan "pengorbanan" mereka selama ini - berlari, dikejar dan ditembak mati oleh Polis sendiri? 

Bagi orang Arab inilah muallaf Melayu, muallaf Pakistan, muallaf Afghanistan, muallaf Indonesia dan ramai lagi kaum muallaf yang boleh dipermainkan macam budak-budak. Kosnya murah sahaja - hanya sedikit air liur, sedikit bacaan doa, sedikit seruan kepada cerita-cerita dongeng padang pasir  Arab dan Masya Allah, kaum serban gergasi Pattan dan Pashtun serta kaum kurang gergasi Nusantara sudah ready untuk membakar bas mereka sendiri - selepas sembahyang Jumaat.  

Sekarang akhbar Tempo dari Indonesia berkata  "kedekatan antara Israel dan Arab Saudi sudah tercium". 

Nauzubillah !! Sudah tercium !!

So kaum muallaf bagaimana pula? Nak cium ke atau tak mahu cium?

Begini sajalah - elok diam saja. Jangan sebut apa pun.

Pretend saja depa tak cium pun. Buat tak tahu saja.

Bukankah itu watak muallaf?  Semua lakonan saja brader.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.