Inilah rupa terkini blogger dan facebookers (kaki fitnah) Abu Leman aka Abu Aqif yang ditahan semalam.
-----------
Blogger gajian UMNO (Abu Leman) yg kuat sebar fitnah telah ditangkap oleh MCMC utk disoal siasat.
SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menyerbu rumah pemilik akaun Facebook (FB) dan blog ‘Abu Leman’ di Bemban, Melaka kerana dipercayai menyebarkan kandungan palsu terhadap kerabat diraja dan pemimpin negara.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan SKMM, Datuk Mohd Shafie Harun berkata, serbuan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan ramai berhubung perkara itu.
“Siasatan awal mendapati suspek yang menggunakan akaun Facebook dan blog atas nama ‘Abu Leman’ adalah pentadbir kepada kedua-dua akaun itu.
“Dalam serbuan itu, beberapa peralatan komunikasi seperti komputer riba, modem, telefon bimbit, kad SIM dan kad memori turut dirampas bagi membantu siasatan.
“Rakaman percakapan daripada suspek juga turut diambil,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mohd Shafie berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.
“SKMM tidak akan berkompromi dengan penyebaran berita palsu sebegini dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terbabit,” katanya.
Sementara itu, beliau turut menggesa pengguna media sosial mempertingkat kawalan kendiri ketika mengakses Internet.
“Pengguna juga diingatkan tidak menggunakan Internet sebagai platform menyebarkan kandungan palsu, jelik dan menghina yang boleh mengundang kemarahan dan menjejaskan ketenteraan awam,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mei 2019 @ 12:04 AM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.