Mana-mana individu atau kumpulan yang menganjur, akan hadir dan yang sokong Himpunan Ummah pada Sabtu ni hanya golongan yang tak de kerja dan hanya buat kerja yang mengarut dan sia-sia je. Tuduhan yang dibawa mereka dengan mengatakan kedaulatan Islam sedang diruntuhkan adalah tidak benar dan hanya mainan persepsi puak-puak ni je.
Tak nampak ke usaha kerajaan PH selama ni yang bersunggunh nak benteras rasuah disetiap agensi, dikalangan pemimpin politik dan pemimpin kerajaan terdahulu. Bila indeks rasuah berkurangan barulah negara ekonomi boleh dipulihkan dengan pantas, dimana pelabur yakin mereka tidak akan rugi bila melabur di Malaysia kerana gejala rasuah telah ditangani dengan baik oleh kerajaan.
Malulah sikit dengan orang Non Muslim terutamanya bangsa Cina dan India kat Malaysia ni, mereka tak pernah gunakan alasan untuk menjaga agama mereka demi tujuan politik peribadi. Jadilah ahli politik yang matang wahai pembangkang, kita dah masuk ke era MALAYSIA BAHARU. Anak muda semua dah terdidik dan mereka akan tolak pendekatan politik adu domba yang bersifat perkauman.
Kalau kat Jepun dan Korea, rakyatnya akan berhimpun sekiranya pemimpin yang mereka lantik terlibat dengan rasuah. Mereka akan bangkit berdemo sehingga pemimpin yang dikaitkan dengan rasuah tu letak jawatan. Di Malaysia lain pula caranya, pemimpin yang amalkan rasuah disokong dan dipertahankan untuk kembali berkuasa.
Apa yang jelas, umat Islam kat Malaysia ni sebenarnya kurang mengabdikan diri kepada Allah kerana jika mereka semua fahami Islam secara mendalam, kedudukan Islam itu sendiri sebenarnya telah dijamin dan dilindungi Allah dalam apa jua keadaan. Yang perlu dipertahankan mereka adalah Iman dan Akidah mereka agar tidak terpesong dari jalan Allah.
Islam tidak akan rosak kerana agama Islam adalah Agama Allah. Manakala yang rosak adalah penganutnya kerana tidak menjaga akidah mereka sepanjang hidup di dunia. Usaha nak pertahankan Islam tu janganlah sekadar di bibir je, tapi kita kena penuhkan ilmu di dada dulu baru boleh berdakwah pada orang lain.
-biaqpila.blog
BiaqPila
ReplyDelete