`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, May 3, 2019

Exco Terengganu Kongsi Pengalaman Hidup Dengan Penganut Syiah..

Oleh : Dr Azman Ibrahim
 

i) Geger semula bab syiah sehari dua ni.

Kawan-kawan sekelas saya di University Baghdad dulu dalam 25 orang semuanya. Ada kurdi, Arab Iraq, Arab Palestin, Arab Yaman dan Arab Jordan. 5 orang saja sunni termasuk saya! Bakinya syiah. Kami belajar bersama, mengulangkaji bersama, buat presentation bersama, latihan praktikal di hospital pun sama-sama. Bukannya sehari dua, tapi 6 tahun. Belum lagi dikira penganut syiah yang hidup bersama dalam masyarakat.

Alhamdulillah... Saya tetap teguh dengan aqidah ahli sunnah wal jamaah walaupun tak berjaya 'mengsunnikan' kawan-kawan syiah.

Terpesongnya amalan dan aqidah orang syiah bukan setakat saya baca di buku dan kitab, tetapi mampu dilihat dengan mata kepala sendiri. Musim peperiksaaan kawan-kawan syiah datang bermalam di rumah dua tiga hari untuk sama-sama mengulangkaji pelajaran.




Bagaimana mereka solat, berapa kali mereka solat dalam sehari, macam mana puasa mereka, apa pandangan mereka tentang sahabat-sahabat Nabi, peristiwa pembunuhan Syaidina Hussin di Karbala', kitab 'Nahjul Balaghah' yang menjadi rujukan mereka, ta'asub mereka dengan imam-imam mereka, mudahnya kelayakkan imam-imam mereka mengeluarkan ijtihad dan fatwa baru dan pelbagai perkara lagi semuanya saya kaji dan lalui secara realiti.

Penganut-penganut syiah di Malaysia, berapa hari kamu semua hidup bersama orang syiah? Kalau syiah itu betul dan benar, saya akan jadi syiah lebih dulu sebelum kamu!

Islam ini agama mudah. Samada ibadat atau muamalat. Kenapa nak dipermudahkan lagi dengan solat yang boleh dijamak tanpa sebab? Apa faedah yang kamu boleh dengan mengutuk dan mencaci sahabat-sahabat Nabi s.a.w? Mana boleh bulan puasa pun hisap rokok atas alasan ia fatwa imam? Siapa yang ajar kamu al Quran ada 115 surah? Tambah satu lagi surah 'al Wilaayah' kononya surah yang menceritakan kelebihan Syaidina Ali. Kalau Syaidina Ali hidup semula, puak kamulah Syaidina Ali akan kerat kepala dulu! Siapa yang ajar kamu semua, Malaikat Jibril tersalah bagi wahyu kepada Muhammad, sedangkan sebenarnya nak bagi kepada Syaidina Ali? Kamu ingat Jibril tu macam kawan kamu?

Banyak lagi kalau saya nak senaraikan...


ii) Biasa kawan-kawan syiah berkunjung ke rumah masa di Bahgdad dulu, mereka tak akan solat bersama kerana cara solat mereka berbeza. Paling penting kena ada batu berbentuk bulat bersaiz lebih kurang sebesar biskut marrie tebal dalam 1 cm yang kata mereka dibuat dari tanah suci Karbala’. Mereka sujud dengan dahi diletakkan di atas batu tersebut. 

Semakin tinggi martabat semakin tinggi lapisan batu. Biasanya di sejadah imam terdapat 2 atau 3 lapis batu. Makmun selapis saja. Sebab itu jangan tersalah masuk masjid.

Bila kawan-kawan mintak batu untuk solat, rumah saya mana ada batu. Saya guna sejadah saja. Kata mereka, “Ooo… sejadah boleh guna untuk solat tetapi kita tak boleh sujud ke atasnya sebab sejadah bukannya benda tabi’ie, ia telah diproses dan dikilangkan. Kita mesti sujud di atas benda tabi’ie”. 


Alternatifnya? Cari daun kayu. Nasib baik depan rumah ada pokok-pokok bunga. Daun dijadikan ganti batu. Mereka sujud di atas daun.

Sambil bergurau saya pernah menyatakan kepada mereka, kalau benda tabi’ie menjadi syarat, bagi saya batu dari tanah Karbala’ tersebut bukan lagi tabi’ie. 


Ianya telah diproses, dibentuk menjadi bulat, diukir gambar masjid. Kalau nak batu yang betul-betul tabi’ie jawabnya kena ambik batu kelikir tepi jalan! Boleh melelas dahi kamu! -sozcyili

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.