HUGE DISCLAIMER : THE FOLLOWING IS NOT WRITTEN BY ME.
IT IS WRITTEN BY TAMRIN TUN GHAFAR. OR THATS WHAT THE VIRAL WSAPP
SAID.
SEPERTI CACING KEPANASAN
SULTAN - " GET LOST "
Tamrin Tun Ghafar
Ahad - 05/05/19
( 1 - 31 )
1. Jika sekiranya Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri tidak bertegas berhubung sekeping tanah di Bukit Chagar, Johor, sudah pasti kos pembinaan Sistem Aliran Transit atau Rapid Transit System ( RTS ) akan meningkat lagi sekurang - kurangnya sebanyak RM500 juta.
2. Tanah ini asalnya kepunyaan Negeri atau State Land tetapi telah diberi kepada Kerajaan Pusat dalam tahun 2012 dengan cara tukar ganti.
3. Mengikut berbagai laporan media, hanya 2 hari selepas beberapa perbincangan termasuk yang diadakan dengan Sultan Johor, tanah tersebut telah berpindah tangan dari Tanah Kerajaan Pusat menjadi kepunyaan Sultan.
4. Katanya bagi mendapat sokongan Sultan secara terbuka menjelang pilihanraya umum yang baru lepas, tanah seluas 4.5 hektar itu yang telah dirancang bagi projek RTS diberi kepada Sultan secara PERCUMA oleh Najib.
5. Justeru mengatakan beliau TIDAK TAHU MENAHU pun tanah 'miliknya' itu akan di bina RTS adalah suatu pembohongan yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras.
6. Amat mustahil semasa perbincangan di antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau SPAD dengan Sultan, langsung tidak disentuh berkenaan tapak pembinaan, keluasan tanah dan sebagainya.
7. Sebenarnya penglibatan Sultan di dalam perlaksanaan projek RTS dan projek lain TIDAK PERLU dan TIDAK BOLEH kerana ia adalah tanggungjawab Pentadbiran, apatah lagi ianya bercanggah dengan Perlembagaan Negara yang melarang Sultan mencampuri hal ehwal Pentadbiran.
8. Itulah akibat apabila Sultan tersebut tahu dimana tapak RTS akan dibina, maka dalam tempoh 2 hari sahaja selepas dipersetujui tanah tersebut dipindahmilik kepada Sultan TANPA PEDULI akibat perbuatan tersebut.
9. Kini tak sampai pun 24 jam selepas Perdana Menteri membuat ugutan, tiba - tiba Sultan cuba menunjukan beliau seorang pemurah (???) dengan rela hati memberi kawasan tersebut secara percuma kepada Kerajaan Pusat sedangkan umum tahu tanah yang bernilai RM500 juta itu telah diberi secara percuma kepada beliau oleh Najib; ini satu lagi drama yang dilakukan.
10. Mungkin ketegasan Tun Dr. Mahathir itu membuatkan beliau dan anaknya 'Seperti Cacing Kepanasan'.
11. Bagi kepentingan umum, khasnya Bangsa Johor atau rakyat Johor, Kerajaan Negeri HARUS mengeluarkan senarai tanah, projek sama ada sah atau melanggar undang - undang seperti penjualan pasir secara berluasa kepada Singapura, bauksit dan penglibatan beliau secara terus atau proksi di dalam mana-mana perniagaan di negeri itu; ini termasuklah sebidang tanah yang luas di Bandar Maharani, Muar untuk pembangunan, tanah Kuarters TNB di Stulang Laut yang dibeli dengan setengah nilai pasaran (value) kemudian dijual kepada pemaju Singapura, tanah perladangan kira-kira- kira 50 ribu ekar.
JCorp Bhd dan anak-anak syarikatnya pula TERPAKSA membantu menampung kos bola JDT.
Bagi mengelakkan sebarang keraguan, Kerajaan negeri juga perlu menyenaraikan tanah-tanah dan lain-lain termasuk jumlah kenderaan yang TIDAK BERBAYAR CUKAI import dan cukai jalan yang TELAH DIPULANGKAN atau DIBERI secara percuma dan jumlah cukai kereta yang dibayar diumumkan.
12. Baru - baru ini saya dikejutkan apabila membaca dan menonton video kenyataan yang dibuat oleh Sultan Johor pada bulan March 2017 ( sila lihat lampiran ).
13. " Get Lost " yang membawa maksud " Sila Berambus " ; ayat ini biasanya di gunakan oleh kaki rambu seperti Mat Rempit dan Mat Pit ( kaki dadah ) dan orang - - - - - yang mabuk todi saja, BUKAN keluar dari mulut seorang Bangsawan yang bergelar Sultan.
14. Lazimnya mereka yang telah diberi peluang duduk di dalam istana tambah pula dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Agama Islam negeri, sepatutnya cukup berhemah dalam berkata-kata atau mengeluarkan kenyataan.
15. Bagaimana seorang Sultan nak mendidik anak dan ahli keluarganya dengan baik sedangkan dia sendiri tak ubah seperti 'Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Lurus’?
16. Mungkin akibat sifat tamak dan benci terhadap Tun Dr. Mahathir, di tambah pula dengan berbagai jenis dedak maka ayat 'Get Lost' itu dengan mudah terpacul dari mulut seorang Sultan.
17. Inilah akibat nya apabila Sultan dan bakal penggantinya TIDAK mempunyai kelayakan pelajaran yang baik, tidak seperti Raja Nazrin, Sultan Perak dan beberapa Sultan lain yang menjadi kebangaan rakyatnya; mereka tahu peranan dan amat menghormati Perlembagaan dan Undang - Undang Negara dan mempunyai akhlak dan sopan santun yang boleh dicontohi dan diteladani; sebaik-baik Sultan biarlah yang berilmu dan berakhlak mulia.
DYMM Sultan Nazrin Of Perak - Tanah Lahir Ku
18. Bapa Sultan Johor sekarang iaitu Sultan Mahmood Iskandar adalah PUNCA UTAMA mengapa Perlembagaan Negara TERPAKSA di pinda sebanyak 2 kali oleh Kerajaan UMNO / BN pimpinan Datuk Seri Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu; ia disokong sebulat suara oleh Ahli - Ahli Parlimen yang menghadiri Persidangan Dewan Rakyat.
19. Atas perlindungan kekebalan (immunity) yang ada ketika itu Sultan Mahmood Iskandar telah menggila dengan menzalimi, mencedera malah membunuh beberapa orang rakyat sesuka hati baginda.
20. Mengikut rekod Parlimen, Sultan Mahmood dan anaknya terlibat dengan sekurang-kurangnya 23 kes jenayah. Wallahhualam!
21. Sebagai salah seorang anggota EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ketika itu saya masih ingat suara - suara berang yang mahu membakar beberapa Istana tetapi hasrat mereka tidak kesampaian apabila Dr. Mahathir sendiri menasihatkan kami agar tidak meneruskan rancangan itu.
22. Johor adalah HAK RAKYAT BUKAN HAK SULTAN, apatah lagi Sultan yang ada hari ini adalah keturunan Temenggong Daeng Abdul Rahman yang berpakat dengan penjajah British mengenepikan Sultan yang sah yang telah melantik beliau sebagai Temenggong.
23. Temenggong Daeng Abdul Rahman pula telah mewasiatkan agar anak sulung beliau, Daeng Abdullah menggantikannya selepas beliau tiada tetapi semasa Temenggong Daeng Abdullah berada di Tanah Suci Mekah, adiknya Daeng Ibrahim berpakat dengan British merampas kuasa dan mengisytiharkan diri sebagai Temenggong yang baru - justeru keturunan inilah menjadi Sultan sehingga kini.
24. Berikut adalah keturunan Sultan Johor:-
i. Temenggong Daeng Abdul Rahman.
ii. Temenggong Daeng Ibrahim.
iii. Temenggong Daeng Abu Bakar atau Sir Albert Backer.
iii a. Menggelarkan diri sebagai Maharaja Johor.
iii b. Dengan persetujuan Queen Victoria, England menukar gelaran sebagai Sultan Johor dan mengisytiharkan keturunan beliaulah yang akan TERUS menjadi Sultan Johor selagi ada bulan dan matahari.
iv. Sultan Ibrahim - yang tidak mahu Merdeka dan sebaliknya mahukan British terus menguasai negeri itu.
v. Sultan Ismail - menggantikan anaknya Mahmood dengan Abdul Rahman sebagai Tengku Mahkota Johor kerana mencedera, menzalimi dan membunuh rakyat sesuka hati.
vi. Sultan Mahmood - pernah menjadi Agong.
vii. Sultan Ibrahim - kini.
viii. Ismail, TMJ bakal Sultan.
Berlandaskan kepada beberapa fakta di atas, adakah Sultan kini BERHAK menghalau (Get Lost) kepada sesiapa yang dia tidak suka?
Jawapannya ada pada rakyat Johor sendiri.
25. Sultan Johor dan anaknya harus meminta maaf dan berterima kasih kepada Tun kerana tanpa beliau mungkin Istana Bukit Serene dan beberapa Istana lain di Johor hari ini sudah menjadi tapak sejarah sahaja.
26. Tun dan rakyat TIDAK berkonfrantasi dengan Sultan yang lain dan keluarga mereka - justeru jauh sekali terlintas di hati untuk mengenepikan Sultan dan keluarga mereka.
27. Jika sekiranya Sultan - Sultan TIDAK mampu menasihatkan Sultan Johor dan anaknya yang terlalu celupar itu, demi kebaikan adalah lebih baik Raja-Raja yang lain mengasingkan diri dari mereka berdua.
28. JIKA TAK MAHU MEMBALAS BUDI , SEKURANG - KURANGNYA INGATLAH KEPADA ORANG YANG TELAH MENYELAMATKAN KITA DAN GENERASI SETERUSNYA.
29. ‘Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa’.
30. Akhir kata, JANGAN BIARKAN KERANA SETITIK DUA NILA, MAKA ROSAK SUSU SEBELANGA.
31. Selamat Berpuasa.
Terima Kasih.
My comments :
Saya nak tanya sikitlah kepada saudara-mara kita orang Johor atau 'Bangsa Johor'.
Dalam keadaan 'gajah lawan gajah' ini, tuan-tuan pula dapat apa?
Ataupun apakah ianya jadi kes, gajah berlawan dengan gajah, pelanduk mati terpijak?
Ataupun 'gajah berlawan dengan gajah, pelandok dapat modal untuk berborak di warong'?
Sebab saya melihat dalam semua "pertarungan" ini, nasib orang biasa tak berubah juga. Nasib rakyat marhaen sama saja.
Kalau kerja dengan kerajaan yang gred 45 dan sebagainya mampu beli kereta Vios atau Honda BRV. Sekarang mungkin Proton XC 70.
Kalau gred dia tinggi sikit, dekat 50an dia boleh beli Honda CRV, Camry atau begitu. Tetapi ini pegawai tinggi kerajaan.
Rakyat biasa yang duduk di Lorong Berangan, Kampong Air Itam dan Parit Tersulong pula macam mana?
Dan lan sumur jawak bisa numpak sepedha motor ing tepi parit. Ora kaya mangkono?
Tak ada beza pun. Tak payah nak tanya pasal 'customised luxury trucks' tapi saya tak nampak pun orang biasa di Johor memandu "customised bicycle" pun.
Saya rasa orang Johor, rakyat marhaen di Johor, 'Bangsa Johor' harus bertanya kepada diri sendiri 'Nasib aku pula macam mana? Nasib anak-anak aku pula macam mana?'
Sebab saya melihat nasib tuan-tuan tak ubah pun.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.