`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 22, 2019

Tuesday Lite : "..kitab sahih bukhari boleh halang pencuri masuk rumah" ? ?

Image result for "..kitab sahih bukhari boleh halang pencuri masuk rumah" ? ?

I received the following from a blog reader (thank you). It says this was a discussion in some  whatsapp group. So jangan marah saya tau. Ini bukan saya cakap tau. Ini orang lain cakap.

Here goes :



Salam Tuan,

Got this from some whatsapp group. Just to share with you that you right all along.

Regards


*Graduan al Azhar...*

"Ada video ustaz tu kata kitab sahih bukhari boleh halang pencuri masuk rumah."

Bagi saya mudah saja...

Penceramah muda dan glemer seperti Fa_ _az, H_sam, As_ad, Han_f, Nazr_l mereka ini semua lulusan Al Azhar, Mesir.


*Al Azhar tak wajibkan kehadiran pelajar ke kuliah.*


Daftar sahaja pengajian dan hadir peperiksaan. 
Kuliah nak datang atau tidak, ikut suka pelajar.


*Sistem bermasalah ini telah melahirkan ustaz ustaz yang tidak faham manhaj mengambil ilmu agama.*


Awal 2000, Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) persatuan pelajar melayu paling berpengaruh di Mesir pernah membuat survey tentang kewajipan pelajar melayu jurusan agama hadir kuliah... 

Keputusannya mengecewakan.

*Ditambah sikap pelajar melayu yang malas membaca. 
Malas pula mengaji dengan ulamak.*

Sebab itu ada tuan guru lulusan Al Azhar pernah sebut, 
  • *pelajar melayu di Al Azhar ni yang hadir kuliah universiti beberapa puluh orang saja.*
  • Yang melazimi bertalaqqi dengan ulamak pun beberapa puluh orang sahaja.

Sedangkan jumlah pelajar melayu di Al Azhar ribuan orang.

Yang lain? *Ramai tidur tarik selimut tak hadir kuliah dimana mana.*


Sebab itu ramai pelajar melayu mengaji di sana lama sampai 6, 7 tahun untuk sekadar BA ijazah sarjana muda, kerana asyik gagal peperiksaan.


Yang graduan pula, ramai sekadar lulus minimum, maqbul. 
Sehingga nak sambung MA di universiti di Malaysia pun tak diterima.


Saya teringat seorang guru sekolah mengajar Bahasa Arab. 
Beliau lulusan Indonesia, tetapi beliau menjadi rujukan dikalangan guru lulusan Al Azhar.

Belajar di Indonesia lebih fasih Arab berbanding yang belajar di negara arab Mesir.
  • *Malang bagi orang awam, golongan ini balik Malaysia, oleh kerana pandai berkata kata diberi peluang berceramah di masjid dan surau. 
  • Dijemput berkuliah sana sini.*
  • Ceramah pagi, petang, siang, malam, sampai tak sempat membaca dan mengulangkaji.
  • Akhirnya, *ceramah penuh dengan cerita hikayat, bukan hadis Nabi saw.*
  • *Baca 'hadis' padahal dhaif atau palsu.*
  • Dan tak tahu pula cara menyemak kesahihan riwayat yang nak dibaca kepada orang awam.

Sebut kisah ulamak, padahal dari riwayat kaum sufi menyeleweng.

Saya teringat satu forum perdana, seorang ustaz yang menjadi moderator membaca satu 'hadis' dan meminta panel pertama, ustaz m_dir darul hadis menghurai hadis tersebut.

Ustaz m_dir darul hadis lulusan Al Azhar pun hurai hadis, seolah olah benar itu hadis.

Mujur selepas itu, panel kedua seorang ustaz lulusan jordan membetulkan. 
Hadis itu palsu, diriwayat dalam kitab syiah Bihar al Anwar.

Konklusi saya, *majoriti penceramah muda ini adalah qussas, tukang cerita seperti yang disebut oleh ulamak silam.*

Tukang cerita berjubah berserban yang menarik orang ramai dengan kisah hikayat, lawak jenaka dan cerita ajaib.

Nak marah pun marah lah. Ini realiti bukan fantasi :)


My comments :  

Mujurlah bumi Allah swt ini ada negeri Cina. Negeri Cina menyiapkan segala keperluan dan kelengkapan  untuk kegunaan manusia termasuk umat Islam.

Bila kita bangun pagi kita menggunakan berus gigi, tuala, selipar, koleh, kain sejadah, kopiah, loudspeaker masjid, sudu, cawan minum kopi, pinggan dan mangkuk, seterika, jam tangan, telefon bimbit smartfone, kaca mata, seluar, baju, kain untuk tudung, tv, radio, bekas simpan air minum dan makanan etc etc yang semuanya dibuat di negeri Cina.

Kita bersyukur kepada Allah swt atas segala karuniaNya yang membolehkan negeri Cina membekalkan hampir kesemua keperluan hidup umat manusia termasuk umat Islam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.