`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, February 16, 2026

Elak sekatan JPJ, wanita nekad tunggang motosikal lawan arus

 Wanita berusia 26 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan pihak berkuasa.

JPJ KL keluar 346 notis atas pelbagai kesalahan dalam operasi Op Falcon bermula malam Sabtu hingga awal pagi Ahad. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
 Seorang wanita ditahan setelah menunggang motosikal melawan arus semata-mata untuk mengelak sekatan jalan raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur Hamidi Adam berkata, wanita berusia 26 tahun itu pada mulanya bertindak berpatah balik bagi mengelak sekatan, namun berjaya ditahan pihak berkuasa.

“Pemeriksaan lanjut mendapati motosikal itu menggunakan nombor pendaftaran mengelirukan serta tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan kenderaannya telah disita untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Dalam pada itu, Hamidi memaklumkan, 346 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi Op Falcon yang bermula pada 10 malam Sabtu hingga 5 pagi Ahad.

Daripada jumlah itu, katanya, enam kereta serta dua motosikal disita atas kesalahan serius termasuk pengubahsuaian ekstrem dan kesalahan teknikal lain.

“Antara kesalahan utama yang dikesan sepanjang operasi ialah tiada lesen memandu sah, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta pertukaran enjin tanpa pengendorsan,” katanya.

Beliau berkata operasi oleh Unit Falcon JPJ Kuala Lumpur itu dijalankan susulan aduan awam berhubung gangguan bunyi dan pengubahsuaian kenderaan secara ekstrem yang menimbulkan ketidakselesaan masyarakat setempat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.