`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, March 11, 2026

Penjawat awam antara 8 ditahan ponteng puasa di pusat snuker

 Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Perak Asyraf Ismail berkata difahamkan premis itu turut membekalkan mi goreng percuma kepada pelanggan.

snooker generi
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Perak Asyraf Ismail berkata lima individu beragama Islam ditahan kerana makan, minum dan menghisap rokok di pusat snuker itu. (Gambar Envato Elements)
PETALING JAYA:
 Penjawat awam antara lapan individu beragama Islam yang ditahan ponteng puasa dan terbabit kegiatan judi di sebuah pusat snuker di Jalan Raja Ekram, Taman Jubilee, Ipoh, semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Asyraf Ismail, berkata Ops Ponteng semalam hasil maklumat risikan selama seminggu.

Lima daripada lapan individu berusia 36 hingga 59 tahun itu ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 24 Enakmen Jenayah (Syariah) 1992 kerana tidak menghormati Ramadan dan masing-masing seorang ditangkap kerana berjudi, bersubahat berjudi serta bersubahat tidak menghormati Ramadan.

Beliau berkata, pekerja bukan Islam yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 61 Enakmen Jenayah (Syariah) 1992 kerana bersubahat melakukan kesalahan.

“Risikan kita mendapati premis berkenaan menjadi tempat bagi orang tidak berpuasa, malah di sini ada disediakan makanan, selain yang kita jumpa ramai yang minum, makan dan menghisap rokok.

“Malah, difahamkan premis ini membekalkan mi goreng secara percuma kepada pelanggan,” katanya menurut Harian Metro.

Akhbar itu melaporkan seorang pengunjung yang juga penghantar makanan mendakwa berpuasa dan singgah di pusat snuker itu untuk membuang air kecil, tetapi bukti visual menunjukkan dia merokok dalam premis terbabit.

Semua individu ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguat Kuasa Undang-undang Syariah JAIPk untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 24, 26 dan 61 Enakmen Jenayah (Syariah) Perak 1992. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.