`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Friday, May 22, 2026

Afdlin nafi tawaran jadi ‘caretaker’ di Setiawangsa ada kaitan agenda PRU16

 Ketua PKR Setiawangsa itu berkata soal calon bergantung kepada Presiden Anwar Ibrahim.

Pada pemilihan PKR tahun lalu, Afdlin Shauki menewaskan Nik Nazmi Nik Ahmad selaku penyandang ketua PKR Setiawangsa.
PETALING JAYA:
Ketua PKR Afdlin Shauki menafikan tawaran untuk membantu penduduk Setiawangsa selepas peletakan jawatan Nik Nazmi Nik Ahmad didorong agenda politik menjelang PRU16.

Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Zon Parlimen Setiawangsa itu berkata beliau hanya memainkan peranan sebagai ‘caretaker’ bagi memastikan kebajikan penduduk terus terbela.

Katanya, Setiawangsa tidak boleh dibiarkan tanpa representasi atau perhatian terhadap isu rakyat susulan kekosongan kepimpinan di kawasan itu.

“Tindakan ini dilakukan kerana Setiawangsa mesti terus ada representasi dan dijaga oleh seorang caretaker.

“Di Wilayah Persekutuan, wakil terdekat yang boleh membantu ialah MPPWP kawasan terbabit. Selaku pengerusi MPP, saya memberi jaminan rakyat Setiawangsa akan terus terbela semampunya oleh kami,” katanya kepada FMT.

Semalam, Afdlin menerusi hantaran di Facebook menawarkan perkhidmatan kepada penduduk Setiawangsa selepas Nik Nazmi mengosongkan kerusi Parlimen itu pada 18 Mei lalu.

Nik Nazmi dan bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli yang turut umum keluar parti itu mengambil alih Parti Bersama Malaysia (BERSAMA).

Pada pemilihan PKR tahun lalu, Afdlin menewaskan Nik Nazmi selaku penyandang ketua PKR Setiawangsa.

Afdlin yang dikenali sebagai seorang pengarah filem dan pelakon turun menegaskan soal calon PRU16 bergantung kepada keputusan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

“Terpulanglah kepada orang nak kata apa pasal kerusi Setiawangsa.

“Saya hanya melakukan tugas,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.