`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Thursday, May 21, 2026

Lelaki dibunuh depan kedai makan di Pontian

 Mangsa ditemukan berlumuran darah bersama kesan parah di tangan dan kaki.

Hadzrat Hussien
Ketua Polis Pontian Hadzrat Hussien Mion Hussain, berkata motif sedang dikenal pasti serta suspek masih diburu.  (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Lelaki tempatan ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah di hadapan sebuah kedai makan dan minuman di Pekan Nanas, Pontian.

Ketua Polis Pontian Hadzrat Hussien Mion Hussain, berkata sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Pontian bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu, pada 3.53 pagi tadi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan parah di tangan serta kaki.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh. Polis giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian serta mengesan suspek yang terlibat.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Ahmad Shah Abdul Rasheed di talian 019-7578020 atau hadir ke balai polis berhampiran,” katanya menurut Bernama. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.