`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Thursday, May 21, 2026

2 maut tertimbus runtuhan tanah ketika melombong emas

 Bagaimanapun, seorang lagi mangsa dilaporkan terselamat dalam kejadian di Jeli, malam tadi.

2 lelaki maut tertimbus ketika melombong emas JBPM pic 21526
Beberapa anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tertimbus dalam runtuhan tebing tanah malam tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Dua lelaki maut akibat tertimbus dalam kejadian runtuhan tebing tanah setinggi dua meter dipercayai berlaku ketika menjalankan aktiviti melombong emas di Jeli, malam tadi.

Bagaimanapun, seorang lagi mangsa dilaporkan terselamat dalam kejadian 8.20 malam di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli, Adni Ibrahim, berkata bomba menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan terdapat mangsa tertimbus tanah di lokasi kejadian.

Katanya, sembilan anggota dari BBP Jeli kemudiannya dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi SAR berdepan kesukaran apabila jentera bomba tidak dapat memasuki kawasan ladang berikutan laluan sempit serta mencabar.

“Kita terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux untuk masuk ke lokasi kejadian,” katanya, lapor Harian Metro.

Menurutnya, operasi terbabit yang bermula 9.20 malam mendapati dua mangsa tertimbus dalam runtuhan tebing tanah.

“Mangsa pertama berjaya ditemukan pada 9.25 malam, manakala mangsa kedua pada 11.18 malam,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua mangsa berusia 30an itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.

“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.