Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berkata fitnah berkenaan keterlaluan dan tidak berasas.

Hannah menerusi hantaran di media sosial menyifatkan dakwaan itu sebagai keterlaluan dan tidak berasas.
“Laporan polis telah dibuat terhadap mereka yang buat fitnah ini. Keterlaluan,” katanya di Facebook.
Terdahulu, Penyelidik Akademi Tamadun Alam Melayu, Zaharah Sulaiman, mempersoalkan bagaimana Hannah didakwa berjaya menukar status rumah di Taman Segar, Cheras daripada ‘leasehold kepada freehold’ dalam tempoh singkat.
Menurut Zaharah, ramai rakyat khususnya orang Melayu masih menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan status pegangan bebas bagi hartanah mereka.
“Kenapa dia buat di bahagian konstitusi dia sendiri, kenapa tak bantu di kawasan lain dan bangsa lain, kenapa di situ sahaja dia buat.
“Kita nak tahu formula apa yang digunakan,” dakwa Zaharah.
Katanya, bagi menukar status berkenaan selalunya perlu mengambil proses yang lama termasuk keputusan membabitkan Majlis Raja-Raja.
“Kita nak tahu cara itu. Kita harap kerajaan negeri beritahu bagaimana Hannah membuat permohonan itu dan diluluskan dalam masa yang singkat,” katanya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.