`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Wednesday, May 20, 2026

Polis Sabah bongkar sindiket urus mohon MyKad palsu

 Pesuruhjaya Polis Sabah Jauteh Dikun berkata pihaknya menahan sembilan individu termasuk lima warga Filipina dan Indonesia.

jauteh dikun
Pesuruhjaya Polis Sabah Jauteh Dikun berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 170 kanun sama serta Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis Sabah berjaya membongkarkan satu sindiket yang menguruskan pengeluaran kad pengenalan atau MyKad palsu selepas menahan sembilan individu termasuk lima warga Filipina dan Indonesia.

Pesuruhjaya Polis Sabah Jauteh Dikun berkata semua suspek termasuk empat wanita berusia 36 hingga 61 tahun itu ditahan menerusi dalam Op Pugo selama enam hari bermula 7 Mei lalu, lapor Berita Harian.

Beliau berkata operasi itu dilancarkan susulan laporan polis dibuat seorang wanita pada 13 Mac lalu.

Katanya, wanita itu mendakwa kerugian RM20,000 selepas memohon kad pengenalan tetapi selepas semakan mendapati tiada sebarang rekod permohonan atas nama mangsa di Jabatan Pendaftaran Negara.

Tambahnya, dalam operasi itu juga polis merampas pelbagai dokumen dan peralatan dipercayai digunakan dalam kegiatan penipuan membabitkan permohonan MyKad.

Ini termasuk 85 keping pelbagai dokumen untuk permohonan MyKad, 54 keping salinan kad pengenalan, 45 keping salinan dokumen pemohon MyKad, 24 keping gambar pemohon serta 10 set dokumen bertulis Program Khas Penempatan.

“Polis turut merampas sembilan keping salinan sijil lahir, enam sijil lahir asal, tujuh salinan pasport pelbagai nama, tujuh telefon bimbit pelbagai jenama, lima keping kad pengenalan palsu serta tiga cop JPN.

“Turut disita tiga kenderaan, sebuah set komputer, sebuah pencetak dan dua stampad yang dipercayai digunakan bagi memproses dokumen berkaitan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 170 kanun sama serta Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.