Parti Bersama Malaysia buat penampilan sulung dalam gelanggang pilihan raya.

Sebelum ini, Bersama berkata pemilihan kerusi dibuat berdasarkan demografi pengundi dan kecenderungan pengundian, hasil dapatan kaji selidik serta data yang dikumpulkan sepanjang enam bulan lalu.
Ia turut mengambil kira tahap sokongan terhadap parti itu setakat ini, menerusi jumlah keahlian di peringkat kawasan Parlimen, kecenderungan ahli di kawasan berkenaan, dan kesesuaian calon.
Pengumuman oleh Presiden Bersama, Syukri Razab, malam tadi menandakan bermulanya persaingan dengan Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.
Terdahulu, pemimpin Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad, menyifatkan pertandingan di Johor sebagai ‘risiko terhitung’ kerana Johor pernah membuat perubahan.
“Memang ini kerja gila. Tetapi, ini juga risiko terhitung. Bila mana kita masuk bertanding, kita membuat kira-kira kita nak bertanding di tempat yang kita rasa ada potensi untuk kita membuat kejutan,” katanya dalam ucapan.
Nik Nazmi berkata calon dipilih melalui pengambilan terbuka, dan berikrar Bersama akan lawan untuk menang.
“Kami bukan lawan yang mudah,” tegasnya.
Berikut senarai calon Bersama:
- N14 Bukit Naning – Iskandar Md Alias
- N29 Mahkota – Abd Hamid Ali
- N40 Tiram – Harith Fakhrudin Abd Malek
- N41 Puteri Wangsa – Nicholas Paul Vincent
- N42 Johor Jaya – Lau Yi Leong
- N43 Permas – Dr Zamil Najwah
- N44 Larkin – Norsinah Abu
- N45 Stulang – Stanley Tan
- N46 Perling – Boo Wei Han
- N47 Kempas – Salamahafifi Mohd Yusnaieny
- N48 Skudai – Eugene Chua Meng Chong
- N49 Kota Iskandar – Sahrudin Omar
- N50 Bukit Permai – Muhammad Aidil Riduan Mohd Yusof
- N51 Bukit Batu – Tamili Gopalakrishnan
- N52 Senai – Tew Chian How

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.