Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan tetap prosiding akan bersambung pada 13 hingga 17 Julai.

Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan sebelum ini menetapkan prosiding akan bersambung pada 13 hingga 17 Julai.
Sebelum itu, peguam Shahlan Jufri memberitahu mahkamah, pihaknya akan memanggil pakar psikologi klinikal kanak-kanak Dr Noor Aishah Rosli untuk memberikan keterangan pada sesi itu.
“Bagi prosiding bulan depan, pihak kami akan memanggil Noor Aishah terlebih dahulu dan bukannya Dr Wong Haw Huo kerana beliau tidak dapat hadir pada sesi tersebut.
“(Wong) akan dipanggil pada Ogos,” katanya, lapor Sinar Harian.
Shahlan berkata, pihaknya menjangkakan keterangan Dr Noor Aishah akan mengambil masa memandangkan laporan yang disediakannya melebihi 400 muka surat.
Prosiding sepanjang minggu itu dijangka dikhaskan bagi mendengar keterangan Dr Noor Aishah, tambahnya.
Shahlan bersama rakan sepasukannya, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James, hadir sebagai pihak berkepentingan mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.
Prosiding inkues sudah masuk hari ke-78 dan setakat ini telah mendengar keterangan daripada 75 saksi, termasuk kanak-kanak.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri pada awal pagi di longkang berhampiran asrama sekolahnya.
Pada 13 Ogos 2025, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan polis - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.