`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Thursday, July 2, 2026

Jersi tiruan Piala Dunia kos RM6, jual sampai RM50

 KPDN Kuala Lumpur rampas 10,500 jersi bola sepak tiruan dengan kerjasama wakil pemilik cap dagang.

Sabri Seman
Pengarah KPDN Kuala Lumpur Sabri Seman, berkata jersi tiruan itu diperoleh dari China sebelum dijual semula kepada pengguna dan peniaga kecil secara dalam talian. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sebanyak 10,500 jersi bola sepak tiruan sempena Piala Dunia dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam serbuan di sebuah bengkel besi, di Kuala Lumpur.

Pengarah KPDN Kuala Lumpur Sabri Seman, berkata jersi tiruan itu diperoleh dari China pada harga kos RM6 sebelum dijual semula kepada pengguna dan peniaga kecil secara dalam talian pada harga antara RM30 hingga RM50 sehelai.

Dalam serbuan pada 3 petang tadi, rampasan dibuat dengan kerjasama wakil pemilik cap dagang melibatkan nilai keseluruhan RM375,000.

“Premis ini dijadikan sebagai stor penyimpanan serta pusat operasi bagi melakukan aktiviti jualan secara langsung di media sosial dan pembungkusan untuk dipos terus kepada pembeli.

“KPDN memandang serius aktiviti ini dan tindakan tegas tidak hanya terhad pada musim sukan tertentu sahaja kerana penjualan barangan tiruan bukan sahaja mencabuli hak pemilik cap dagang, malah mengelirukan pengguna serta memberi implikasi negatif terhadap ekonomi negara,” katanya menurut Bernama.

Sabri berkata, dalam serbuan itu tiga pekerja warga tempatan berumur 30-an turut ditahan bagi membantu siasatan, selain KPDN giat mengesan pemilik sebenar premis serta dalang utama aktiviti itu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan kesemua barangan yang disita akan dibawa ke stor simpanan eksklusif untuk proses pengesahan rasmi oleh pemilik cap dagang sebelum tindakan lanjut diambil. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.