Saya dapat mesej berikut dalam WhatsApp:
Pada zaman itu (sekitar tahun 1970-an hingga 1980-an), kita mempunyai pasukan bola sepak kebangsaan yang sangat bercampur pelbagai kaum. Kita mempunyai pemain seperti superstar Mokhtar Dahari, Shukor Salleh, Wan Zawawi Yusoff, Soh Chin Aun, penjaga gol "Spiderman" Arumugam, dan sweeper Santokh Singh.
Kapten M Chandran bermain untuk pasukan kebangsaan dari tahun 1965 hingga 1974 (sekitar 122 permainan antarabangsa), dengan empat tahun sebagai kapten pasukan bola Malaysia (1968–1972). Di bawah kepimpinannya, Malaysia memenangi Piala Merdeka pada tahun 1968, layak ke Sukan Olimpik 1972 (dengan menewaskan pasukan Korea Selatan dan Jepun dalam pusingan kelayakan), dan kemudian memenangi pingat gangsa di Sukan Asia 1974. Itulah zaman kegemilangan bola sepak Malaysia.
Ok soalannya 'Kenapa kita jadi begini'? Apa yang telah berlaku? What happened? Soalan ini mungkin boleh dijawab dengan soalan lain pula: Apa yang terjadi kepada anak-anak M Chandran, Soh Chin Aun, Santokh Singh dan Spiderman Arumugam? Apakah mereka sudah tidak tahu bermain bola sepak seperti bapa-bapa mereka?
Kemudian al kisah ini pula berlaku:
Mac 2025 (Kelayakan Piala Asia AFC): Malaysia tewas 0-3 kepada Nepal kerana menurunkan pemain yang tidak layak. Nepal ialah pasukan yang mempunyai kedudukan ranking lebih rendah dalam bola sepak Asia.
Kekalahan 0-3 secara percuma yang sama turut berlaku dalam perlawanan persahabatan lawan Singapura (September 2025) dan Palestin (September 2025).
Kekalahan secara percuma ini (bersama isu yang melibatkan Vietnam) menyebabkan Malaysia tersingkir daripada kelayakan Piala Asia 2027 dan ranking FIFA Malaysia jatuh (sekitar tangga ke-135 hingga ke-138).
Sebelum kontroversi pemain yang tidak layak itu, ranking Malaysia sudah pun rendah — sekitar tangga ke-123 di dunia.
Tetapi di sini timbul soalan cepu mas – siapa sebenarnya yang peduli? Adakah sesiapa benar-benar peduli?
Ranking dunia jatuh dengan teruk pun, kita masih membelanjakan wang untuk pasukan bola sepak kebangsaan. Kita membelanjakan berjuta-juta Ringgit dana awam atau public funds. Patutkah kita terus membelanjakan dana awam yang lumayan untuk sebuah pasukan bola sepak yang berada pada kedudukan ranking yang begitu rendah di dunia?
Baru ini kerajaan mengumumkan akan mengurangkan peruntukan sebanyak berbilion-bilion Ringgit bagi perkhidmatan kesihatan dan pendidikan. Why not kurangkan perbelanjaan pasukan bola kebangsaan yang berprestasi sangat rendah dan salurkan wang yang dijimatkan itu untuk membiayai perkhidmatan kesihatan dan pendidikan. Gunakan wang yang dijimatkan itu dengan lebih berkesan di tempat lain. Itulah cadangan saya.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.