`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, March 16, 2018

Pelajar dilarang ambil keputusan SPM kerana warna rambut



PETALING JAYA: Berpuluh pelajar di Melaka dilarang memasuki sebuah sekolah menengah untuk mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), semalam kerana mewarnakan rambut.
China Press melaporkan kejadian itu berlaku di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik di Kampung Tujuh, Melaka.
Sekolah itu memang terkenal dengan amalan disiplin ketat, termasuk dilarang mewarnakan rambut dan menindik telinga serta pelajar dan alumni wajib mematuhi peraturan pihak sekolah.
Akhbar itu melaporkan pengetua dan guru disiplin juga tidak membenarkan sesetengah pelajar yang memakai topi untuk menutup rambut diwarnakan daripada kawasan sekolah itu.
Pengetua SMJK Katholik Melaka, Lim Hiang Lam berkata peraturan melarang pelajar memasuki kawasan sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan itu, dilaksanakan lebih 10 tahun lalu.
Katanya, pihak sekolah sudah berkali-kali memberi amaran kepada bekas pelajar untuk mematuhi peraturan itu bagi mengelakkan ia diikuti pelajar lain.
“Pihak sekolah biasanya akan menghalang calon peperiksaan yang mewarnakan rambut memasuki kawasan sekolah sehinggalah mereka mematuhi peraturan itu, baru dibenarkan mengambil keputusan peperiksaan.”
Seramai 4 calon SMJK Katholik Melaka mendapat A untuk semua mata pelajaran diambil mereka dalam SPM 2017, keputusan terbaik dalam beberapa tahun ini.
Lim berkata, masing-masing 4 lagi calon lain mendapat A dalam 8 dan 9 mata pelajaran serta 6 lagi pelajar memperoleh A dalam 7 subjek. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.