Pengundi pos mengadakan protes terhadap SPR di depan pejabat Tourism Malaysia dekat Trafalgar Square di London, 8 Mei 2018. — Foto ihsan Melissa Sasidaran
Setakat semalam, pengundi di Australia, Itali, dan Perancis merungut di media sosial, bimbang kertas undi tidak sempat sampai untuk dikira esok.
Di London, 30 pengundi memprotes Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pejabat Tourism Malaysia dekat Trafalgar Square di London.
Berbaju kuning Bersih 2.0, mereka mengangkat sepanduk “mana kertas undi kami?”.
Pejabat pelancongan itu bagaimanapun tutup kerana hari cuti di UK.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.