`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, May 10, 2018

PH jangan angkuh, jika tidak akan dihukum rakyat, kata Salahuddin

PH akan menghadap Sultan Johor esok dan akan mengadakan mesyuarat pimpinan PH untuk membentuk kerajaan negeri.
JOHOR BAHRU: Naib Presiden Pakatan Harapan (PH) Salahuddin Ayub mengingatkan kemenangan di Johor sebagai pengajaran untuk gabungan itu untuk tidak bersikap angkuh, dan melaksanakan mandat rakyat dengan baik.
Jika tidak rakyat akan menghukum PH pada pilihan raya umum seterusnya.
“Kita rasa cukup terharu dengan sokongan ini. Bagi pengajaran sekiranya mandat tak tunaikan pemimpin dilantik jadi anggota kerajaan, wakil rakyat jangan angkuh dan lupa diri. Ingatlah rakyat akan balas 5 tahun lagi,” katanya pada sidang media di Hotel Tristle.
Salahuddin berkata Pengerusi PH Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Sultan Johor pada 10.00 pagi nanti untuk membincangkan pelantikan menteri dan kerajaan negeri. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.