Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia hanya Labuan diramal tidak mengalami keadaan itu.
KUALA LUMPUR: Hujan dan ribut petir diramalkan berlaku petang ini di hampir semua negeri ketika rakyat Malaysia mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia di laman sesawangnya, Labuan sahaja diramalkan tidak mengalami keadaan itu.
Keadaan itu boleh menjejaskan perancangan pengundi yang ingin mengundi lewat petang ketika kebanyakan pusat mengundi ditutup pada 5.00 petang ini.
Orang ramai dinasihatkan merancang masa pengundian mereka.
Untuk keterangan lanjut sila layari laman sesawang www.met.gov.my. -FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.