`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, September 11, 2018

MELAYU MULA BANGKIT ? PEMIKIRAN TAMRIN TUN GHAFAR.

Image result for tamrin ghafar

I received the following. It is attributed to Tamrin Tun Ghafar.  Taking it at face value. 


RAJA-RAJA - PUNGUTAN  SUARA ( REFERENDUM ) PERLU  DIADAKAN 

Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 09/09/18

( 1 -  23 )


1.  Hari ini rakyat meraikan Hari Keputeraan rasmi Yang Di Pertuan Agong.

2.  Buat pertama kali dalam sejarah negara tidak ada sebarang pengurniaan anugerah kebesaran diberikan kepada sesiapa pun atau dalam erti kata lain tidak ada sebarang Bintang dan Pingat  pun diberi pada tahun ini.

3.  Sebenarnya anugerah sedemikian bolehlah disamakan seperti Sijil Pelajaran, ia hanya diberi kepada mereka yang telah lulus peperiksaan saja.

4.  Mereka yang telah berkhidmat dengan baik dan berjasa kepada negara dan negeri sahaja yang sepatutnya diberi penghormatan menerima anugerah sedemikian.

5.  Amalan memberi anugerah  secara sewenang-wenangnya kepada sesiapa sahaja tanpa menggambil kira latar belakang sesaorang penerima seharusnya diberhentikan serta merta mulai sekarang.

6.  Cukuplah dengan cakap - cakap kononnya  ada seorang Sultan dan keluarga beliau dari Pantai Timur yang menjual Pingat Datuk dan Datuk Seri kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar pada harga yang ditetapkan.

7.  Difahamkan amalan itu telah dilakukan sejak sekian lama setiap kali  menyambut Hari Kelahiran Sultan tersebut.

8.  Hasil dari perbuatan  tersebut, kita sering kedengaran bagaimana segala jenis manusia termasuk kaki busuk seperti samseng,  penipu dan perompak dengan mudah menggunakan gelaran Datuk atau Datuk Seri di merata-rata.

9.  Perbuatan  sebegini  sudah tentu mengguris perasaan mereka yang benar - benar layak sama ada yang telah dianugerahkan atau yang masih menunggu untuk diberikan sesuatu anugerah.

10.  Ada juga pingat  diberi lagi kepada orang yang sama beberapa kali seolah-olah jasanya sangat besar, sedangkan biasanya orang berkenaan selalunya hanyalah ‘kaki mengampu’ saja.

11.  Sebagai perbezaan, di England  misalnya, pingat HANYA  diberi kepada beberapa orang sahaja dari sekian ramai yang layak  menerimanya.

12.  Cliff Richard , penyanyi terkemuka dunia dan Paul Mac Cartney dari kumpulan The Beatles sebagai contoh, mereka hanya menerima gelaran 'Sir' dari Ratu Elizabeth selepas berpuluh tahun berkecimpung dalam industri hiburan, tidak seperti di sini bersepah-sepah artis diberikan gelaran Datuk dan Datuk Seri.

13.  Sebagai makluman, gelaran 'Sir' adalah lebih kurang sama gelaran Datuk atau Datuk Seri di negara kita.

14.  Amalan  memberi dan menjual gelaran-gelaran tersebut seperti ‘kacang putih’ perlu dihentikan serta merta.

15.  Allahyarham bapa saya, Tun Abdul Ghafar Baba hanya bersetuju menerima Anugerah Negara selepas beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, itu pun setelah beberapa kali dipujuk rayu oleh kerajaan dan ahli keluarga - ALFATIHAH !!

16.  Pendirian Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri  berhubung pemberian sebarang pingat dan anugerah seharusnya dijadikan panduan setiap negeri terutama negeri - negeri yang diperintah oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH).  Menteri Besar dan Ketua Menteri MESTI  BERTEGAS  memaklumkan pendirian ini kepada Raja dan Gabenor mereka; lagi pun Raja-Raja hanyalah manusia biasa, bukan Tuhan atau malaikat yang perlu ditakuti.

17.   Malaysia sudah Merdeka selama  61 tahun dan kini negara  pula di ketuai oleh Agong yang ke 15, maka sudah sampai masanya perubahan segera dilakukan.

18.   Rakyat kini mahu tahu apakah sejumlah wang yang besar hasil titik peluh mereka berbaloi dibelanjakan demi  kesenangan dan kemewahan Raja - Raja dan keluarga mereka?

19.   Saya amat terharu melihat bagaimana petani dan pesawah membanting tulang , bagaimana nelayan menyabung nyawa menempuh ombak gelora, bagaimana pemandu teksi dan pengangkutan lain menyengkang  mata dan bagaimana geladangan tidur di kaki-kaki lima kerana kesusahan  hidup  mencari rezeki - ini semua dilakukan mereka demi mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarga mereka, sedangkan pada masa yang sama ada segelintir manusia yang tidak cukup - cukup melayani nafsu mereka dan keluarga dengan  kemewahan hidup seolah-olah itulah syurga mereka.

20. Jika sekiranya Kerajaan PH pimpinan  Tun Dr. Mahathir tidak mahu dituduh sekali lagi sebagai tidak sensitif terhadap Istana, maka saya kini mencadangkan Pungutan Suara atau Referendum harus diadakan dalam masa terdekat ini bagi mengetahui sama ada rakyat setuju atau tidak setiap sen yang dibelanjakan kepada  Agong dan Raja - Raja hendaklah dibentang, dibahas dan diluluskan oleh Parlimen dan Dewan Negeri, ATAU mereka tidak peduli sebanyak mana wang rakyat diperuntukan kepada setiap Istana?

21. Di England dan Negara - Negara Eropah yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan seperti Malaysia, setiap sen yang di diperuntukkan kepada Raja mereka MESTI  terlebih dahulu mendapat persetujuan Parlimen.

22. Semoga cadangan  Pungutan Suara atau Referendum ini akan meningkatkan lagi penghormatan rakyat terhadap Raja - Raja sebagai payung kepada rakyat.

23. Sila kongsikan padangan ikhlas saya ini dengan seluas-luasnya.

Terima Kasih.

Tamrin Tun Ghafar

My comments :  Sila perhatikan bahawa si penulis (Tamrin Tun Ghafar) tidak menyoal atau mencabar kewujudan institusi raja-raja Melayu.   Penulis hanya mahu peruntukan bajet bagi perbelanjaan Raja-Raja Melayu di bahas dalam Parlimen.  

Saya rasa perkara ini sepatutnya tidak timbul sebab sejak 1957, sistem Parlimen berperlembagaan dan sistem kerajaan kita mempunyai formula untuk mengagihkan elaun dan bayaran kepada raja-raja Melayu.  

Kita juga perlu bezakan bajet bagi DYMM YDP Agong (perbelanjaan Persekutuan ditentukan Parlimen) dan bajet bagi DYMM Sultan dan Raja di negeri masing-masing (mungkin dikawal Perlembagaan Negeri dan bajet Negeri). 

Tetapi yang menjadi masalah atau berpotensi bermasalah ialah kerana Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri mungkin tidak mempunyai bahasa yang jelas bagi menangani keadaan di mana perbelanjaan Raja-Raja melebihi bajet atau melebihi kiraan peruntukan. 

Dalam keadaan begitu, bolehkah pihak Kerajaan Persekutuan di bawah Perdana Menteri atau Kerajaan Negeri di bawah Menteri Besar menyekat atau menghadkan perbelanjaan Raja-Raja mengikut syarat dan peraturan undang-undang?  

Jika Perdana Menteri atau Menteri besar "berani" mengambil tindakan sedemikian, bagaimana pula reaksi Raja dan macam mana pula kesan politik sebarang tindakan seperti itu?   Apakah Raja yang murka (contohnya) boleh menghentikan jentera Kerajaan?  

Saya rasa Perlembagaan (Persekutuan dan Negeri-Negeri) kita juga tidak mempunyai bahasa yang jelas bagi menangani kes (contohnya)  jika Raja-Raja Melayu membuat tuntutan atau masuk campur projek, kontrak dan urusan jual beli yang melibatkan kerajaan Negeri (atau kerajaan Persekutuan).  Dan seterusnya Raja-Raja mendapat peluang besar untuk meraih keuntungan dan faedah yang jauh melebihi  keupayaan dan peluang yang diberi kepada rakyat biasa.  Atau dalam bahasa Inggeris 'unfair advantage'. 

Contohnya jika Raja terlibat "pengambilan" tanah dalam Negerinya, atau terlibat "konsesi balak", konsesi lombong dan sebagainya.  Hal ehwal tanah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri di mana Raja Melayu (kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak) di negeri masing-masing boleh sampaikan "keinginan" kepada kerajaan Negeri untuk "mengambil" tanah dibawah naungannya.  Di setiap Negeri yang mempunyai raja, maka Raja itu adalah "sovereign" di dalam Negeri nya. 

Orang biasa di semua Negeri yang beraja tidak mempunyai peluang  atau 'keupayaan' yang serupa dengan Raja.  

Bukan sahaja kes penjualan pingat tetapi kita pernah dengar kes kawasan tanah yang luas (berpuluhan ribu ekar) yang di "asingkan" kepada kerabat di Raja. Penglibatan kerabat dalam konsesi balak dan konsesi lombongan sudah menjadi cerita lama.  

Dalam zaman 'penswastaan' (privatisation) kita juga melihat syarikat kepunyaan kerabat terlibat syarikat konsesi besar-besaran yang menjalankan projek tertentu dalam kawasan Negeri mereka.  Sudah tentu sebagai kerabat di raja, syarikat Raja mempunyai "kelebihan" yang kemungkinanya tidak terdapat di syarikat kepunyaan orang biasa. 

Jadi aduan oleh Tamrin Tun Ghafar sebenarnya membuka tirai bagi sedikit sahaja daripada banyak lagi isu yang besar dan rumit mengenai Raja-Raja melayu yang harus difikirkan dan ditangani oleh semua rakyat negara kita.    

It is not a small matter but it has to be handled and resolved. 

Bagi saya, apa yang saya melihat ialah makin banyak masa yang berlalu, di mana saya sendiri sudah melepasi dewasa dan sekarang mula melangkah zaman tua, di mana rakyat kita semuanya sudah makin berpelajaran, serta serba berkebolehan untuk menjaga kepentingan mereka sendiri (tanpa perlu berpayung atau bernaung di bawah sesiapa pun) maka apa yang menjadi sangat jelas ialah bilangan rakyat yang serba berkebolehan ini sudah bertambah daripada 5 juta (1957) ke 7 juta (1967),  kemudian 15 juta, 25 juta dan sekarang sudah mencapai 32 juta rakyat Malaysia.

Raja-Raja Melayu pula masih terhad kepada sembilan orang sahaja.   

Di sini saya ingin merujuk sahabat karib saya YB P Waytha Moorthy, Menteri Perpaduan kita yang baru ini telah mewujudkan sebuah parti politik baru Malaysian Advancement Party atau MAP. 

YB Waythamoorthy berkata  walaupun bilangan kaum India bertambah tetapi sebagai peratusan (proportion)  daripada jumlah penduduk Malaysia, masyarakat India menduduki kurang daripada lapan peratus. Dan peratusan ini akan mejadi lebih kecil.

Jadi pilihan bagi mereka adalah jelas - untuk memastikan suara masyarkat India akan didengar dan untuk menjayakan politik mereka, mereka tiada pilihan melainkan menjalinkan kerjasama dan tolak ansur yang rapi dengan semua kaum yang lain dalam negara kita.  

They have to be fully cognisant of their circumstances and act appropriately.  
They must be realistic and practical.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.