`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, September 17, 2018

TIDAK MUSTAHIL UMNO BOLEH DIHARAMKAN: GUNAKAN DASAR JUS SOLI UNTUK PARTI BERSATU TERIMA SEMUA AHLI UMNO – ZAM

Parti Pribumi BERSATU tidak seharusnya  takut untuk membuka seluas-luas  pintunya  kepada ahli-ahli UMNO bagi menyertainya secara perseorangan  atau berkumpulan  sekiraya ia tidak mengadaptasi struktur Perlembagaan UMNO dalam pemilihan kepimpinannya dari cawangan bahagian hingga ke pusat.
Struktur pemilihan berasaskan populariti dalam parti tidak perlu lagi jika BERSATU menerima hakikat telah berlaku perubahan dinamik dalam  pattern pemilihan PRU 14 yang meningalkan corak pengundian tradisi menyebabkan tersungkurnya  kerajaan UMNO (BN).
Pengundian rakyat pada PRU 14 adalah berasaskan  perpaduan yang melampaui  sempadan parti,perkauman dan agama .Walaupun ini tidak berlaku secara menyeluruh tetapi boleh dianggap sebagai perintis trend pengundian masa akan datang yang melambangkan kemajuan berfikir rakyat dalam menilai kepimpinan negara
Keberanian DAP meninggalkan logo roketnya yang merupakan identitinya selama  lebih 60 tahun dan penerimaan Mahathir sebagai bekas pemimpin parti perkauman Melayu terbesar UMNO  oleh semua kaum membuktikan rakyat lebih mengutamakan sebuah kerajaan yang bersih,cekap dan amanah dari sentimen masing-masing.
Perpaduan rakyat dalam kerpecayaan inilah yang berjaya menyingkirkan sebuah parti yang rasuah,pembohong,pencuri  dan penipu atas keyakinan kepada maklumat dari Tun Mahathir yang walaupun mempunyai kesilapan lampau tetapi telah memberikan sebuah kerajaan yang membanggakan rakyat,bermaruah,meyakinkan dalam negara  dan berintegriti di mata dunia selama lebih 20tahun.
Pemimpin-pemimpin UMNO diperingkat atas masih tidak dapat menerima hakikat ini maka itu mereka memilih pemimpin-pemimpin yang sama untuk meneruskan kepimpinan UMNO  dalam keadaan tercalar dan tercemar.
k
Ahli-ahli UMNO di akar umbi,pimpinan UMNO  diperingkat bahagian dan cawangan berada dalam keadaan tidak bermaya  malah ramai yang sedang mencari kiblat baru  tetapi mereka tidak tahu kemana untuk berhijrah. Pastinya BERSATU paling dekat di hati mereka kerana  kepimpinannya  yang walaupun tidak bersih100 peratus  tetapi tidak sanggup  bersubahat  hingga keperingkat mencuri berbillion ringgit  wang negara untuk berkuasa terus tanpa mempedulikan masa depan rakyat.
Ahli-ahli UMNO diakar umbi harus memikirkan dengan serius bahawa Najib tidak akan dapat menghancurkan UMNO dan menjatuhkan kerajaan BN tanpa konspirasi semua pemimpin UMNO dari peringkat pusat hingga kebahagian untuk menikmati wang haram.
Saya difahamkan oleh beberapa orang rakan peguam dan ahli undang-undang bahawa sekiranya UMNO telah didapati sah menyelewengkan  wang negara untuk sogokan politik bagi mencari populariti  di kalangan rakyat untuk  terus berkuasa maka UMNO boleh diharamkan menerusi mahkamah.
Mungkin ini akan berlaku setelah Najib dan beberapa orang lagi pemimpin yang berkonspirasi  dengannya  didapati bersalah dan  dihantar ke penjara.
Kerajaan yang disokong rakyat  tidak harus takut untuk bertindak bila perlu  kerana sebenarnya  UMNO dalam keadaan  berkecamuk dan kucar kacir malah moral parti  PAS  sendiri adalah lebih kuat darinya kerana tidak membawa imej sebuah parti yang kalah yang sedang meminta sedekah untuk tumpang berteduh  di rumah orang .PAS berimejkan sebuah parti yang bertambah kekuatan  apatahlagi bila UMNO hendak menumpang kasihnya.
Maka itu tindakan mengharamkan UMNO tidak akan menimbulkan reaksi yang panas kerana pada hakikatnya UMNO telah pun mati berasaskan kepada pemikiran pemimpin yang sudah tidak lagi sezaman dengan generasi baru dan Malaysia baru.
Jika UMNO diharamkan maka BERSATU boleh menawarkan dasar JUS SOLI yang pernah dikemukakan  oleh Presiden Pertama UMNO Datuk Onn untuk memberikan kerakyatan kepada bukan rakyat Malaya selepas merdeka. Berasaskan dasar ini yang diterima oleh dunia ” Anybody born in the country should be a subject of the country”(lihat buku Tunku Abdul Rahman PM Malaysia Pertama: Political Awakening muka 18)
Dalam hal ini BERSATU  yang kepimpinannya berasaskan dari UMNO  boleh memperkenalkan dasar JUS SOLI kepada semua ahli UMNO yang mahu menjadi ahli BERSATU  atas ihsan kerana setelah pengharaman UMNO maka mereka  tidak lagi bernegara  tetapi berasaskan kepada kerakyatan UMNO maka mereka bolehlah secara automatik beramai-ramai menjadi ahli BERSATU.
BERSATU tidak perlu takut jika tidak  menyalin dasar pemilihan pimpinan parti berasaskan  perlembagaan UMNO. Dasar BERSATU mestilah berubah dalam pemilihan kepimpinan.
Sekiranya mereka masuk BERSATU dengan hasrat mahu melakukan sabotaj atau bertindak keluar beramai-ramai untuk merosakan imej BERSATU,tindakan seumpama ini sudah tidak berkesan  lagi di kalangan generasi baru.Ini terbukti dalam PRU14
Untuk memperkebalkan lagi BERSATU ,sistem perkadiran mestilah diwujudkan.Pemilihan  calon -calon pilihanraya tidaklah semestinya  berasaskan kepada ahli parti, kedudukan dalam parti  diperingkat pusat ,bahagian atau cawangan tetapi boleh diambil dari kalangan profesional yang  berjaya dari pegawai -pegawai kerajaan  yang dedikasi ,seperti pegawai daerah,guru,  peguam,jurutera, ahli perniagaan dan sebagainya.Mereka tidak semestinya ahli parti.
Saya sedar mudah untuk  saya memberikan  fikiran tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan tetapi sekiranya ada political  will yang ikhlas dan mantap semuanya  boleh dilakukan.
– http://zamkata.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.