GERIK: Tindakan pantas pemandu memberhentikan bas ekspres yang dipandunya setelah satu daripada tayar meletup, menyelamatkan 45 penumpang termasuk pelajar sekolah rendah apabila kenderaan itu terbakar di puncak banjaran Titiwangsa di Lebuhraya Timur Barat (JRTB) dekat sini awal, pagi ini.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gerik Mohd Nizam Zakaria berkata pemandu bas yang dikenali sebagai Mohd Sabri Ismail, 53, mengarahkan semua pelajar itu turun menyelamatkan diri setelah bas terbakar sebaik berhenti di tepi jalan.
Beliau berkata sepasukan 10 anggota bomba dan sebuah jentera pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke tempat kejadian apabila menerima panggilan pada 1.22 pagi.
“Ketika bomba sampai di tempat kejadian pada 2.30 pagi mendapati bas ekspres itu telah terbakar 70 peratus.
“Bomba mengambil masa empat minit untuk memadam kebakaran dan operasi tamat kira-kira 3.40 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd Nizam berkata bas dipercayai dalam perjalanan dari Kelantan ke Langkawi dan punca kejadian masih dalam siasatan. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.