`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, September 4, 2019

N Sembilan kaji kaedah tangani masalah lembu, kerbau berkeliaran

Pengguna jalan raya Sungai Gadut-Rantau terpaksa berhati-hati ketika menggunakan laluan tersebut kerana haiwan peliharaan dibiarkan berkeliaran untuk meragut rumput sekitar jalan. (Gambar Bernama)
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sedang mengkaji kaedah dan tindakan yang sesuai bagi menangani masalah lembu dan kerbau peliharaan dibiar berkeliaran oleh penternak di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menteri Besar Aminuddin Harun berkata, satu jawatankuasa dianggotai PBT, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Pertanian akan dibentuk bagi mencari jalan terbaik menangani masalah tersebut.
“Ia akan diketuai oleh Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Kampung Baru Teo Kok Seong,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Negeri hari ini.
Aminuddin berkata haiwan yang berkeliaran menimbulkan masalah terutama mengakibatkan banyak kemalangan maut di jalan raya sejak akhir-akhir ini.
Katanya, terbaru kemalangan maut membabitkan 2 penunggang motosikal dan lembu di Jempol dan Mantin baru-baru ini.
“Kemalangan maut ini menimbulkan kerungsingan apabila penternak tidak mengaku lembu atau kerbau yang terbabit dalam kemalangan itu milik mereka.
“Salah satu kaedah untuk mengawal lembu dan kerbau terbiar ini ialah dengan meletakkan tag di telinga haiwan berkenaan di mana tag tersebut tertera nama pemilik. Program percubaan ini dilaksanakan di Nilai baru-baru ini dan kita sedang lihat keberkesanannya,” katanya.
Aminuddin berkata kos yang ditanggung PBT untuk menangkap lembu dan kerbau terbiar adalah tinggi, dan PBT juga menghadapi masalah untuk menempatkan dan menjaga lembu-lembu dan kerbau-kerbau yang kena tangkap. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.