`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, September 25, 2019

Polis selesai siasat Naik, laporan diserah kepada AGC

SHAH ALAM: Siasatan terhadap penceramah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik telah selesai, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.
Hamid berkata laporan penuh siasatan itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.
“Kertas siasatan telah diangkat kepada AGC. Mereka sekarang terbeban dengan banyak kes sepertimana polis. Hasil siasatan akan dipindahkan kepada AGC. Siasatan sudah selesai,” katanya pada satu forum di Karangkraf hari ini.
Naik tiga kali dipanggil Bukit Aman dan disoal selama berjam-jam pada Ogos berhubung kenyataan terhadap masyarakat Hindu dan Cina tempatan semasa berceramah di Kota Bharu, Kelantan pada 3 Ogos lalu.
Polis berkata Naik disiasat bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Naik, seorang pemastautin tetap, mengundang kemarahan orang ramai susulan kenyataan mendakwa penganut Hindu tempatan lebih setia kepada Modi berbanding Mahathir dan kaum Cina tempatan “tetamu lama”.
Naik memohon maaf terhadap salah faham yang timbul tetapi mempertahankan kenyataannya dipetik luar konteks. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.