`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, September 28, 2019

Tiada kakitangan akan dibuang kerja apabila UMT, UniSZA digabung

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Siti Hamisah Tapsir berkata tidak ada sesiapa yang akan kehilangan pekerjaan dalam proses penggabungan dan semua dijamin termasuk pekerja kontrak. (Gambar Bernama)
KUALA TERENGGANU: Tiada pemberhentian petugas termasuk berstatus kontrak sekiranya penggabungan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), direalisasikan kelak.
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Siti Hamisah Tapsir berkata perkara itu telah pun ditegaskan oleh kerajaan dan kebajikan petugas serta pelajar, sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap keputusan yang dibuat.
“Tidak ada sesiapa yang akan kehilangan pekerjaan dalam proses ini (penggabungan) dan semua dijamin termasuk pekerja kontrak.
“Jadi ia tidak akan jejaskan langsung jumlah 900 staf akademik di UniSZA, 600 lebih staf akademik di UMT yang secara keseluruhannya lebih 3,000 staf akademik dan bukan akademik di dua universiti itu” katanya kepada media selepas menghadiri Bengkel Penyelarasan Penggabungan UMT dan UniSZA di sini semalam.
Turut hadir Pengerusi UMT, Halim Mohamad dan Pengerusi Pengerusi UniSZA, Muhammad Nur Manuty.
Bengkel dua hari yang bermula Khamis dihadiri semua pihak pengurusan, serta lembaga pengarah kedua-dua universiti dan dikatakan berjaya memberi gambaran awal mengenai universiti yang akan digabungkan nanti.
“Tujuan bengkel kerja ini adalah untuk mengumpul input, isu, cabaran dan aspirasi dapatan yang inklusif bagi memenuhi keperluan penggabungan kedua-dua universiti tersebut.
“Perkara utama yang telah dibincangkan menyentuh isu tadbir urus universiti baharu, pembangunan dan kebajikan mahasiswa, penyelidikan dan akademik. Dapatan awal perbincangan telah memperlihatkan keupayaan kedua-dua buah universiti dan potensi universiti baharu sebagai sebuah institusi terulung,” katanya.

Tambah beliau, sesi libat urus yang berterusan akan dilaksanakan bagi mendapatkan input yang memenuhi kehendak dan keperluan kecemerlangan pendidikan, penyelidikan serta sumbangan kepada masyarakat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.