`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, January 27, 2026

Budak 2 tahun maut tertinggal 9 jam dalam kereta di Seremban

Polis berkata ibu mangsa dipercayai terlupa hantar anaknya ke pengasuh dan sedari perkara itu selepas pulang dari kerja.

Azahar Abdul Rahim
Ketua Polis Seremban Azahar Abdul Rahim berkata ibu mangsa ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
 Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemukan meninggal dunia selepas ditinggalkan dalam sebuah kereta selama sembilan jam oleh ibunya di Jalan Tunku Hassan di Seremban hari ini.

Ketua Polis Seremban Azahar Abdul Rahim berkata kanak-kanak itu dipercayai ditinggalkan dalam kereta sejak 8 pagi oleh ibunya yang pergi bekerja sebelum disedari pada 5 petang.

Azahar berkata polis menerima panggilan kecemasan pada 6.15 petang daripada orang awam yang memaklumkan terdapat seorang kanak-kanak ditemui mati di dalam kereta.

“Hasil siasatan awal, mendapati mangsa tidak sedarkan diri di dalam Proton Saga putih dan dipercayai ditinggalkan di dalam kenderaan itu oleh ibunya seawal 8 pagi.

“Difahamkan ibu mangsa terlupa untuk menghantar anaknya ke tempat pengasuh. Kejadian hanya disedari ibu mangsa kira-kira 5 petang selepas selesai waktu bekerja,” katanya dalam kenyataan, lapor Harian Metro.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian oleh pasukan perubatan dan dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Menurutnya, ibu mangsa ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.