`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, January 24, 2026

Sekolah padat, KPM lulus segera tambah bilik darjah di Selangor

Pembinaan bilik darjah tambahan akan dilaksanakan secara berfasa untuk elak pembelajaran terkesan, kata menteri pendidikan.

sekolah rendah
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menekankan, sekolah padat, kelas sesak dan prasarana tidak mencukupi akan memberikan kesan terhadap keberkesanan pembelajaran.
PETALING JAYA:
 Kementerian Pendidikan (KPM) meluluskan segera pembinaan bilik darjah tambahan bagi 18 sekolah padat di Selangor sebagai langkah jangka pendek untuk menangani masalah kelas sesak dan kekurangan prasarana.

Menerusi hantaran Facebook, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, keputusan itu dibuat susulan perbincangan kementerian bersama pihak jabatan pendidikan negeri (JPN) bagi memastikan isu itu ditangani dengan bersungguh-sungguh tanpa menunggu ia tular di media sosial.

“Setelah melihat intervensi jangka pendek, saya luluskan segera semua pembinaan bilik darjah tambahan bagi sekolah-sekolah (padat) tersebut,” katanya menambah, sekolah padat, kelas sesak dan prasarana tidak mencukupi akan memberikan kesan terhadap keberkesanan pembelajaran.

Semua pembinaan bilik darjah tambahan bagi sekolah terlibat akan dilaksanakan secara berfasa, tambahnya.

Fadhlina berkata, beliau turut mengarahkan penambahan waran guru bagi menangani isu kekurangan guru di sekolah-sekolah padat tersebut.

Dalam pada itu, sekolah-sekolah baharu yang sedang dibina juga akan diberikan perhatian segera bagi memastikan perancangan pendidikan memenuhi keperluan semasa, tambahnya.

Beliau turut memaklumkan, mesyuarat seterusnya akan diadakan bersama JPN Kedah bagi menangani isu sekolah padat di negeri itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.