Lima pelajar memenangi Gold Award, Panel Choice Award dan pengiktirafan Top 5 kategori Environmental & Sustainability.

Aarthisha Thiban, Aatheesha Moorthy, Keshwine Elattachan, Arvin Kumar dan Puraarni Vivegan memenangi “Gold Award”, “Panel Choice Award” serta pengiktirafan Top 5 bagi kategori ‘Environmental & Sustainability’ dalam pertandingan yang menghimpunkan pelajar dari pelbagai negara.
Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Ramanan, berkata kejayaan itu membuktikan keupayaan luar biasa pelajar Malaysia dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
“Malah, ia mencerminkan tahap disiplin, ketekunan dan daya saing tinggi dalam kalangan pelajar kita,” katanya dalam catatan Facebooknya sambil mengucapkan tahniah kepada pelajar dan sekolah terbabit.
Beliau berkata, pencapaian itu membuktikan generasi muda negara memiliki bakat besar dan potensi bersaing di peringkat antarabangsa.
“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara, selaras aspirasi kita untuk melahirkan generasi berilmu, berkemahiran dan berdaya cipta tinggi.” - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.