Sebelum ini dilaporkan ketua pengarah, timbalan ketua pengarah, penolong pegawai JAS dan seorang orang awam direman susulan siasatan kes terbabit.

Menurut sumber, pembekuan membabitkan satu akaun syarikat berjumlah kira-kira RM700,000 dan satu akaun milik individu kira-kira RM300,000, selain sitaan wang tunai sebanyak RM170,000.
“Pada masa sama, siasatan SPRM kini menjurus kepada dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat pengurusan buangan terjadual yang terlibat dengan aktiviti pelupusan bahan buangan secara haram,” katanya.
Pada Jumaat lepas, ketua pengarah, timbalan ketua pengarah dan penolong pegawai JAS ditahan reman tujuh hari hingga Khamis ini, manakala seorang lagi orang awam direman selama tiga hari hingga hari ini.
Siasatan kes berkenaan telah mula dijalankan Bahagian Siasatan SPRM sejak 19 Jan lepas.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.