`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, February 1, 2026

Amaran PM tentang rasuah perlu disertai langkah jelas, kata badan pemantau

TI-M kata amaran harus diikuti dengan pendakwaan di mahkamah dan meletakkan pengganti yang bersih serta berkeupayaan.

Imigresen pati
Pada 28 Jan lalu Anwar Ibrahim memberitahu pegawai penguat kuasa yang tidak serius memerangi rasuah dan penyeludupan berundur dan beri laluan kepada yang lain.
PETALING JAYA:
 Badan pemantau ketelusan, Transparency International Malaysia (TI-M), berkata nada serius Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada penjawat awam berhubung rasuah perlu disertai langkah jelas bagi memperkukuh keyakinan rakyat.

Menurut Presidennya Raymon Ram, terdapat anggapan bahawa penjawat awam bermasalah akan hanya dipindahkan, maka amaran Anwar harus diikuti dengan tindakan lebih keras.

“Ini mesti disusuli dengan menggantikan penjawat awam berkenaan dengan pengganti yang bersih dan berkeupayaan,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Hisommudin Bakar dari badan kaji selidik Ilham Centre, berkata keyakinan awam dibina melalui hasil yang boleh diukur, konsisten, dan berterusan.

Beliau berkata, ‘tempoh muhasabah’ Anwar berikan kepada penjawat awam akan mencipta jangkaan awam yang tinggi, seperti rombakan struktur, tindakan tatatertib, pertukaran kepimpinan, atau pendakwaan berprofil tinggi.

“Secara politik, kredibiliti perdana menteri sangat bergantung kepada keupayaan beliau menjadikan tekanan moral ini sebagai mekanisme perubahan institusi,” katanya.

Hisommudin berkata, rakyat tidak lagi menilai niat tetapi hasil dalam isu rasuah.

“Di sinilah ukuran sebenar kesungguhan kerajaan akan ditentukan,” katanya.

Anwar pada 28 Jan lalu memberitahu pegawai penguat kuasa yang tidak serius memerangi rasuah dan penyeludupan supaya berundur dan memberi laluan kepada yang lain.

Beliau yang selama ini mengangkat agenda pembanterasan rasuah memberi pegawai penguat kuasa daripada pelbagai jabatan dan agensi masa seminggu untuk muhasabah diri, sama ada mereka sanggup berjuang memerangi rasuah habis-habisan atau tidak.

Anwar berkata beliau sudah hampir hilang sabar dengan kelemahan dalam usaha memerangi rasuah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.