`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Monday, July 6, 2026

Cape Verde mengajar kita

 Cape Verde membuktikan saiz negara, kekurangan sumber dan keterbatasan ekonomi bukan alasan tidak bersaing di pentas dunia.

Mohsin Abdullah

Ingat lagi perlawanan persabahatan bola sepak pada 29 Mei 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil (kini dikenali TM Stadium Nasional)? Harimau Malaya bertemu Cape Verde.

Iya the same Cape Verde yang mengagumkan pada Piala Dunia 2026.

Perlawanan berkesudahan Malaysia mengikat Cape Verde dengan jaringan 1-1. Keputusan itu bagaimanapun dibatalkan Fifa berikutan skandal dokumentasi pemain ‘warisan’ negara sekali gus mengisytiharkan Malaysia kalah 3-0.

Lupakan seketika hukuman Fifa. Dan ambil kira keputusan 1-1 itu. Let’s say it still stands. Adakah keputusan itu membuktikan pasukan kebangsaan kita sama taraf dan sama kuat dengan Cape Verde?

After all that’s a draw all about. Malaysia tidak menang tetapi tidak kalah. Jadi kira sama standard dengan Cape Verde. Betul begitu?

Tentunya tidak. Jika jujur, kita akan mengakui Cape Verde jauh meninggalkan kita pada pelbagai aspek. Lagi pun for the record pada perlawanan persahabatan kedua pada 3 Jun 2025, juga di Bukit jalil, Cape Verde mengalahkan Harimau Malaya 3-0.

Cape Verde sudah bermain di Piala Dunia. Malaysia sehingga kini gagal pada peringkat kelayakan. Begitulah kisahnya sejak dahulu.

Benar Cape Verde terkandas pada pusingan 32 Piala Dunia 2026. Tetapi dunia masih bercakap akan kehebatan pasukan itu yakni seri 0-0 dengan Sepanyol, seri 2-2 dengan Uruguay dan 0-0 dengan Arab Saudi pada perlawanan kumpulan H.

Sepanyol dan Uruguay pernah menjulang Piala Dunia manakala Arab Saudi layak bermain di Piala Dunia tujuh kali termasuk yang diadakan tahun ini.

Yang mengagumkan ketangkasan Cape Verde membuat Argentina berpeluh dan berdebar- mengheret Lionel Messi dan rakan-rakan bermain 120 minit sebelum tewas akibat gol sendiri pada saat saat terakhir waktu tambahan. Maka Cape Verde tidak mara ke pusingan 16.

Pujian mencurah-curah ke atas Cape Verde. Tidak perlu saya ulangi. Cukup sekadar menyatakan mereka susun strategi baik, ada kekuatan mental dan semangat kental. Dan semasa menentang Argentina mereka mampu menjaringkan gol world class.

Laungan paling menarik pada perlawanan itu kata penganalisis politik yang minat bola sepak Azlan Zainal ialah Cape Verde ‘small island, big dreams, refuse to lose’.

Memang banyak yang boleh dipelajari daripada pengalaman Cape Verde. Bagaimana ia boleh melahirkan pasukan taraf dunia yang disegani dan dihormati oleh pasukan elit. Memandang enteng akan bawa padah.

Namun bagi saya lessons to be learned daripada Cape Verde bukan sahaja membabitkan sukan atau khusus bola sepak. Ada aspek lain.

Cape Verde atau dalam bahasa Portugis Cabo Verde mempunyai keluasan hanya 4,033 kilometer persegi. Populasi kira-kira 500,000 penduduk. Ia sebuah republik terletak di kepulauan kawasan ekologi Macaronesia di lautan Atlantik Utara berhampiran Pantai Barat Afrika.

Ia negara kecil yang tidak punya banyak sumber-malah sering mengalami kemarau teruk. Pertanian disukarkan oleh kurangnya hujan dan terhad kepada hanya empat pulau pada kebanyakan bulan setiap tahun.

Keluaran Dalam Negeri Kasar datang rata rata daripada industri perkhidmatan. Namun ekonomi Cape Verde telah bertumbuh sejak lewat dekad 1990an. Dan kini dianggap sebagai sebuah negara yang sederhana perkembangannya.

Jelas keadaan Malaysia jauh lebih baik daripada Cape Verde. Namun jika ada sesuatu yang kita boleh contohi daripada negara itu ialah their drive and hunger to succeed. Seperti ditunjukkan pasukan bola sepak mereka.

Umumnya pemain kebangsaan Cape Verde beraksi di luar negara iaitu di Eropah dan juga Asia. Adakah mereka dimanjakan dengan pelbagai ganjaran apabila dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan untuk mewakli negara? I don’t think so.

Jika pun mereka mahu atau persekutuan bola sepak Cape Verde ada hasrat melakukannya–keadaan tidak mengizinkan.

Tidak mungkin mereka mampu taking into account their economic status.

Lalu pemain dan Persekutuan melakukan yang terbaik demi negara. Mereka bergerak sebagai satu pasukan. Ada teamwork.

Tidak ada hidangan atau layanan istimewa untuk sesetengah pihak Cape Verde dan pada masa yang sama mengabaikan sesetengah pihak Cape Verde yang lain.

Kesimpulannya meritokrasi diamalkan. Saya kira begitu juga dengan rakyat Cape Verde secara umum. Tidak dimanjakan dan mereka pula tidak mengada-ngada.

Kuat dan berani menghadapi pelbagai cabaran untuk mengukir kejayaan. Mungkin sambil melaungkan “yes we’re small island but we have big dreams and we refuse to lose”.

Bagi saya Cape Verde mengajar kita mempunyai semangat itu supaya terus hebat bersaing di dunia, melawan pelbagai cabaran mendatang. Saya ulang saya bukan hanya bercakap mengenai bola sepak. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.