Pengerusi BN berkata pembangunan kediaman dibuat berimbang termasuk dana RM100 juta bagi bina rumah tanpa bayaran kepada asnaf.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, selain itu kerajaan negeri ada memperuntuk RM100 juta bagi pembinaan rumah tanpa bayaran khusus untuk asnaf.
“Saya fikir pembangunan perumahan adalah seimbang, bukan hanya di kawasan-kawasan untuk M40 dan T20. Dalam keadaan begitu, pembangunan seimbang turut membina rumah mampu milik dan terdapat peruntukan RM100 juta bagi pembinaan rumah-rumah tanpa bayaran, khusus untuk asnaf.
“Ini merupakan satu optik yang baik dan dalam manifesto juga memperlihatkan bahawa jumlah yang lebih besar akan diperuntukkan oleh kerajaan negeri daripada hasil baharu yang diperoleh untuk membina rumah B40 di Johor,” katanya selepas hadir program ramah mesra bersama masyarakat Cina di Medan Selera Tangkak Jaya.
Awal hari ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim ketika berucap pada program ‘Temu Anwar Johor Ke Depan’ di Muar menegur kelembapan pembangunan rumah rakyat di Johor, sambil menegaskan dasar pembangunan negeri perlu memberi lebih tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah.
Beliau berkata, pembangunan tidak boleh hanya tertumpu kepada kelompok berpendapatan tinggi, sebaliknya perlu mengambil kira keperluan rakyat biasa yang bergantung kepada rumah mampu milik dan kemudahan asas.
Katanya, harga rumah di Johor Bahru kini semakin tinggi sehingga menyukarkan anak muda dan keluarga baharu memiliki kediaman sendiri. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.