`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Wednesday, July 15, 2026

PM arah KPKM segera sedia langkah mitigasi hadapi Super El Nino

 Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting untuk kurangkan impak fenomena itu terhadap pengeluaran makanan negara, selain lindungi komuniti petani.

sawah padi 1
Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat itu turut teliti agenda perkukuh daya saing sektor agromakanan negara untuk jamin keterjaminan makanan serta tingkatkan kesejahteraan petani, pesawah, penternak dan nelayan.
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) segera menyediakan langkah mitigasi bagi menghadapi fenomena Super El Nino yang diramal melanda Malaysia bermula November ini.

Langkah itu penting, katanya, bagi mengurangkan impak fenomena itu terhadap pengeluaran makanan negara, selain memastikan komuniti petani terus dilindungi.

Katanya, perkara itu antara yang dibincangkan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keterjaminan Makanan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 hari ini.Selain itu, perdana menteri berkata, mesyuarat itu membincangkan isu kerjasama sektor perikanan dengan Thailand.

“Saya mengarahkan KPKM untuk memuktamadkan perkara ini dengan segera melalui saluran yang sewajarnya, tanpa berkompromi terhadap piawaian keselamatan dan kualiti makanan.

“Libat urus berterusan juga mesti dilaksanakan bersama komuniti nelayan agar produk mereka dapat memenuhi piawaian ditetapkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata, mesyuarat itu turut meneliti agenda memperkukuh daya saing sektor agromakanan negara bagi menjamin keterjaminan makanan serta meningkatkan kesejahteraan petani, pesawah, penternak dan nelayan.

Katanya, kerajaan akan terus memperkukuh sektor agromakanan melalui penggunaan teknologi, inovasi serta amalan terbaik bagi memastikan pengeluar tempatan terus berdaya saing, sekali gus menjamin bekalan makanan negara demi kesejahteraan rakyat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.