Beliau menggantikan Mohd Uzir Mahidin yang bersara selepas 36 tahun berkhidmat.

Kementerian Ekonomi dalam kenyataan memaklumkan Siti Asiah, 51, mempunyai hampir 28 tahun pengalaman dalam bidang statistik ekonomi dan sosial, transformasi digital serta pembangunan dasar berasaskan bukti.
Beliau menggantikan Mohd Uzir Mahidin yang bersara selepas 36 tahun berkhidmat.
Sebagai ketua perangkawan, Siti Asiah bertanggungjawab menerajui penyediaan statistik utama negara, termasuk Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), perdagangan luar negeri serta statistik industri dan perkhidmatan.
“Sepanjang perkhidmatan, beliau terlibat dalam pelbagai inisiatif strategik negara, termasuk pembangunan pangkalan data utama, penyediaan statistik kos sara hidup dan pengukuhan Sistem Statistik Negara.
“Kepakaran beliau turut diiktiraf menerusi penglibatan dalam kumpulan kerja statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Asean dan organisasi antarabangsa berkaitan,” menurut kenyataan itu.
Siti Asiah memiliki Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Ekonomi daripada Universiti Putra Malaysia serta Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat daripada Universiti Teknologi Malaysia.
Sementara itu, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam kenyataan sama berkata pelantikan Siti Asiah mencerminkan keyakinan kerajaan terhadap pengalaman, kepakaran dan rekod perkhidmatan beliau untuk menerajui DOSM.
“Dalam persekitaran ekonomi yang semakin kompleks, statistik rasmi perlu lebih pantas, tepat dan boleh dipercayai supaya kerajaan dapat bertindak lebih awal serta menyasarkan intervensi dengan lebih berkesan,” katanya.
Selain Siti Asiah, Kementerian Ekonomi memaklumkan Norhayati Jantan dilantik sebagai timbalan ketua perangkawan (Sosial dan Pembangunan Teknikal), manakala Wan Mohd Shahrulnizam Wan Mohd Najuri dilantik sebagai timbalan ketua perangkawan (Ekonomi).
“Kementerian Ekonomi merakamkan ucapan tahniah dan yakin barisan kepimpinan baharu ini akan terus memperkukuh kredibiliti statistik rasmi negara serta menyokong perancangan pembangunan yang lebih tepat, telus dan berasaskan bukti,” menurut kenyataan itu. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.