`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, March 9, 2018

Ahli buat aduan, JPPM keluarkan notis kepada PPBM

Jika PPBM gagal serah maklumat dan dokumen, satu perintah pembubaran ke atas PPBM akan dikeluarkan.
ppbm-rosPUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengeluarkan notis kepada PPBM yang mengkehendaki parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen kepada jabatan itu.
Ketua Pengarah JPPM, Surayati Ibrahim berkata notis yang dikeluarkan mengikut Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1996 dan berkuat kuasa pada 28 Februari lepas, diserahkan kepada Setiausaha Agung PPBM Datuk Shahruddin Md Salleh.
Beliau berkata notis itu dikeluarkan berikutan aduan dikemukakan ahli PPBM kepada pihak JPPM dan jabatan itu memerlukan maklumat tersebut bagi melengkapkan siasatan mengenainya.
“Notis 14(2) merujuk kepada perkara diarahkan JPPM untuk mengemukakan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menjelaskan, notis dikeluarkan itu notis statutori berdasarkan kuasa menurut Akta Pertubuhan.
Surayati berkata walaupun keperluan minimum menurut Seksyen 14(3) Akta Pertubuhan adalah 7 hari bagi PPBM memberikan maklum balas, namun JPPM memberikan tempoh masa lebih panjang iaitu 30 hari kepada PPBM memberikan maklum balas dengan menyertakan maklumat dan dokumen diminta.
“Sekiranya pihak PPBM gagal menyerahkan maklumat dandokumen diminta sebagaimana notis dikeluarkan menurut Seksyen 14(2), tindakan susulan daripada JPPM adalah mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan iaitu mengeluarkan satu perintah pembubaran ke atas PPBM,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.