`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 27, 2018

ANTIBERITA TIDAK BENAR: BANYAK CARA MELAPAH KUCING

BANYAK orang bertanya saya mengenai Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 yang dibentangkan di Parlimen pada 26 Mac.
 
Azalina: Denda RM500,000 atau 10 tahun penjara
Saya tidak bercadang memberi jawapan khusus mengenaianya kerana perkara itu boleh dibaca di banyak saluran, termasuk DI SINI dan Di SINI.
[Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Apa yang hendak saya katakan ialah undang-undang dan peraturan tidak sepatutnya menyekat hak bersuara dan menyatakan perasaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Justeru itu adalah menjadi tugas pihak-pihak yang arif dalam hal undang-undang bagi memastikan sama ada undang-undang baru ini buruk atau baik dan barcanggah dengan Perlembagaan atau tidak.
Undang-undang yang tidak baik (bad law) apatah lagi yang bercanggah dengan Perlembagaan (ultra virus) wajib ditentang.
Sebagai seorang wartawan dan penulis yang telah bergiat dalam dunia penulisan hampir 50 tahun saya sudah biasa dengan undang-undang dan peraturan seperti ini sehingga saya tidak berapa peduli lagi. Alah bisa tegal biasa.
Kalau saya berasa terkongkong dan takut kerana wujud banyak undang-undang dan peraturan bersangkutan hak bersuara dan menyatakan perasaan, pastinya saya sudah lama berhenti menulis atau saya didenda dan dipenjarakan kerana menyuarakan pendapat.
Tetapi kalau kita faham undang-undang dan tahu cara-cara memaksimumkan hak serta kebebasan kita, kita masih boleh menulis dan bersuara tanpa terperangkap. Banyak cara boleh kita gunakan untuk mengelak daripada terjebak.
Sedikit sebanyak saya perpegang kepada ungkapan Inggeris “there are many ways of skinning a cat” (ada banyak cara  melapah seekor kuncing).
Maksudnya ada banyak cara bagi kita melepaskan diri daripada kongkongan undang-undang tanpa melanggarinya. Hal ini banyak bergantung kepada kedalaman ilmu, kecerdasan minda dan pengalaman kita.
Kebenaran Pasti Muncul
Pengalaman saya mengatakan bahawa kebenaran (truth) tidak boleh disekat oleh mana-mana undang-undang dan pihak berkuasa. Ia akan menyerlah akhirnya.
Cuma pihak-pihak yang cuba menyembunyikan kebenaran akan terus berdalih dan berbohong sehinggalah pembohongan mereka menjadi perangkap maut bagi mereka.
Ambil contoh penafian mengenai skandal 1MDB. Setelah sekian lama diuar-uarkan sebagai berjaya, untung dan lestari oleh pemerintah dan agen-agen propagandanya, akhirnya kebenaran menjelma.
Pada 23 Januari lalu, Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak sendiri mengakui kegagalan 1MDB dan berkata ada sebab sah untuk berasa bimbang mengenainya.
“Sekarang, saya tidak akan menafikan isu ini. Memang berlaku kegagalan dalam syarikat itu, kelemahan tadbir urus,” katanya kepada kira-kira 1,000 hadirin di persidangan Invest Malaysia 2018.(Baca di sini).
Kesimpulannya, saya memilih untuk melihat Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar ini secara falsafah iaitu Parlimen yang dikuasai, buat masa ini, oleh Barisan Nasional boleh melulus atau memansuhkan apa saja undang-undang dan peraturan tetapi ia tidak boleh membenamkan kebenaran dan menyekat hak asasi manusia.
– http://kadirjasin.blogspot.co.id/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.