`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 4, 2018

DAP letak calon Cina di Raub?

Teresa Kok mungkin salah seorang daripada 3 calon untuk kawasan majoriti Melayu itu.
Perlawanan di Raub secara tradisi antara DAP dan MCA.
Perlawanan di Raub secara tradisi antara DAP dan MCA.
PETALING JAYA: DAP mungkin meletakkan seorang calon berketurunan Cina di Parlimen Raub pada pilihan raya umum ke-14 walaupun kerusi itu kawasan majoriti Melayu.
Pilihannya antara Teresa Kok, Ronnie Liu dan Leong Ngah Ngah, menurut sumber di DAP Pahang.
Sumber berkata DAP mempertimbangkan untuk meletakkan Teresa Kok di Raub.
Sumber berkata DAP mempertimbangkan untuk meletakkan Teresa Kok di Raub.
Kok adakah Ahli Parlimen Seputeh dan timbalan setiausaha agung parti. Liu adalah ahli jawatankuasa pusat DAP dan Leong adalah pengerusi DAP Pahang.
Sumber memberitahu FMT bahawa Kok dipertimbangkan kerana Barisan Nasional baru-baru ini dikatakan akan meletakkan Naib Presiden MCA Chew Mei Fun di situ.
“Chew seorang wanita yang memegang jawatan tinggi dalam MCA; jadi parti merasakan respon terbaik ialah meletakkan wanita yang memegang jawatan tinggi dalam DAP,” katanya.
Kok menjadi Ahli Parlimen Seputeh sejak 1999. Kerusi itu menjadi kubu kuat DAP sejak kawasan itu diwujudkan untuk pilihan raya umum 1986.
Perlawanan di Raub secara tradisi antara DAP dan MCA. DAP akhirnya menang kerusi itu pada pilihan raya umum lepas apabila mereka meletakkan Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, bekas ketua penerangan Umno Pekan.
BN dikatakan akan meletakkan Chew di Raub.
BN dikatakan akan meletakkan Chew di Raub.
Sumber berkata peningkatan penduduk berketurunan Melayu di Raub berlaku antara 2007 dan 2008.
Menurut bancian 2010, orang Melayu membentuk 60% daripada penduduk Raub, diikuti Cina 30% dan India 10%.
Apabila dihubungi, Kok tidak mengesahkan atau menafikan maklumat daripada sumber itu.
“Anda boleh tulis yang dia beritahu,” katanya. “Saya tahu media ada tugas yang perlu dilakukan tetapi saya tidak mahu mengesahkan atau menafikan apa-apa pada ketika ini.” -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.