`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 5, 2018

Gaduh di restoran, 17 termasuk 8 wanita ditahan di JB

Polis berkata pergaduhan itu dipercayai dicetuskan sekumpulan individu mabuk yang berang makanan dipesan lambat sampai.
VIDEO INSIDE
fightJOHOR BAHRU: Seramai 17 individu termasuk 8 wanita warga tempatan dan Vietnam ditahan awal pagi ini kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran makanan laut di Stulang Laut, 2 hari lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata semua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 50-an itu ditahan di sekitar bandar raya ini pada 3 hingga 4 pagi tadi.
“Kita telah menggerakkan pasukan siasatan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam pergaduhan tersebut dengan berpandukan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.
“Hasil siasatan, seramai 9 lelaki dan 8 wanita, termasuk pelaku utama, berjaya ditahan hingga pagi tadi. Semua mereka ditahan bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.
Beliau berkata pergaduhan itu dipercayai tercetus apabila terdapat sekumpulan individu yang sedang mabuk, berang setelah makanan dipesan lambat sampai.
Semua mereka disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan bergaduh di tempat awam.
“Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru petang ini untuk tindakan selanjutnya,” kata Mohd Khalil lagi.
Semalam, video berdurasi 4 minit 26 saat yang memaparkan insiden pergaduhan di sebuah restoran di Stulang Laut itu tular dalam laman Facebook, selain turut dikongsi orang awam menerusi aplikasi WhatsApp.
Sementara itu, beliau berkata seramai 5,572 anggota polis akan ditugaskan bagi menjaga keselamatan sepanjang proses pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di seluruh negeri ini.
Beliau berkata polis Johor sentiasa dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa ini.
Penugasan anggota itu disifatkan Mohd Khalil sebagai memadai, selain persiapan jentera bagi berdepan situasi tidak dijangka.
“Semua anggota tersebut akan diletakkan di pusat mengundi dan kawalan keselamatan di seluruh negeri ini.
“Kita juga yakin dan memberi jaminan bahawa sepanjang PRU14 berlangsung keadaan akan terkawal dan lancar,” kata beliau. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.